Aku dah bosan didungukan!

By
Advertisement
kali ni apa nak jadi-jadilah
kau keluar pintu depan aku keluar pintu belakang
kau nak setia lantak kau lah
aku pilih nak curang

aku dah bosan dengar kau menangis
merintih
merayu-rayu
seperti anak kecil yang takut ditinggalkan ibu

aku pun dah tak percaya pada sumpah kau
sumpah seranah tak apa
ni sumpah sampah
aku menyampah

kau beri sayang pada aku
tapi kau panggil perempuan lain sayang
kau tak pernah tinggalkan aku
tapi diam-diam kau menjalang

kau selalu lupa
allah itu ada
kau malu pada manusia
tapi kau tak segan pada Dia

kau selalu ucap depan aku
kau tak akan lepaskan aku
tapi kau lupa
maut tetap boleh memisahkan kita

aku dah bosan dimalukan
maruah aku ditangan kau
aku bosan dengan perkahwinan
tapi talak pun ditangan kau


hasil nukilan ~ aiyangdisayang ~ tak ada kaitan dengan yang hidup atau yang dah mati tapi kalau terasa maaf yeee....otak masuk aiyorrr...heeee~


wohaaaa......terror tak aku...ahakssss

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.