5.12.11

Haiwan Purba, Gajah Berbulu Panjang Bakal Dihidupkan Semula

PARA penyelidik percaya Gajah berbulu panjang, haiwan purba yang telah pupus beribu tahun dahulu, mampu diklon dan diwujudkan semula spesiesnyamenggunakan sumsum tulang yang ditemui di Siberia.

Penyelidik berpendapat, dalam masa lima tahun lagi mereka akan berjaya merealisasikan impian mewujudkan haiwan purba yang telah pupus itu.

Pasukan penyelidik daripada Sakha Republic's Mammoth Museum di Russia dan Universiti Kinki Jepun akan melancarkan satu kerjasama penyelidikan tahun depan untuk menghasilkan semula Gajah Berbulu Panjang yang telah pupus itu.

Dengan menggantikan nuclei daripada sel-sel seekor gajah biasa dengan nuclei yang diambil daripada sel-sel sumsum tulang haiwan purba itu, embrio yang mengandungi DNA Gajah Berbulu Panjang boleh dihasilkan.



Gajah Berbulu Panjang dilaporkan telah pupus sejak lebih 10,000 tahun dahulu.

Pencairan ais di bahagian barat Russia akibat pemanasan global telah mengubah struktur muka bumi kawasan yang sebelum ini merupakan daerah beku sepenuhnya.

Pencairan ini membawa kepada penemuan banyak bangkai-bangkai beku haiwan purba itu pada bulan ogos lalu.


Ini memberikan harapan baru kepada para penyelidik untuk menemukan sel-sel sumsum yang terpelihara daripada kerosakan bagi membolehkan proses pengklonan haiwan purba itu dapat dilakukan.



Sumber: Daily Mail

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...