Kerajaan patut beri internet, bukan emel ‘percuma’

By
Advertisement



SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menegaskan bahawa kerajaan persekutuan sepatutnya memberikan kemudahan internet secara percuma dan bukan emel percuma, kata Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail.

Beliau mengulas projek yang dilancarkan kerajan bagi menyediakan akaun emel kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas untuk urusan rasmi kerajaan yang dilaksanakan sebuah syarikat IT, Tricubes Bhd.

“Dengan pemberian ini, bagaimana rakyat ingin menggunakan emel percuma sekiranya perkara asas untuk menggunakan emel iaitu internet tidak disediakan?

“Kerajaan Malaysia seolah-olah tidak tahu apa yang lebih penting untuk rakyat dan tidak tahu apa keperluan dan kehendak rakyat di bawah,” ujarnya dalam satu kenyataan media.
Bagaimanapun,  laporan media hari ini mendedahkan emel yang dikatakan percuma itu, tidak percuma sepenuhnya kerana terdapat beberapa caj sampingan yang dikenakan kepada pengguna.
Rodziah dalam kenyataannya membandingkan projek internet percuma yang sedang giat dijalankan di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor, yang merupakan sebahagian daripada manifesto di bawah Pakatan Rakyat.
Menurutnya, projek Emel 1Malaysia yang dijalankan kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional menunjukkan projek itu dibuat secara tergesa-gesa, tidak teliti dan dirancang rapi.
Malah beliau turut mempersoalkan status Syarikat Tricubes Berhad yang dilaporkan mengalami masalah kewangan dan berstatus GN3 di Bursa Malaysia.
“Bagaimana syarikat yang mempunyai masalah kewangan ini dapat menjayakan projek ini? Alasan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak bahawa projek ini tidak menggunakan dana awam adalah sesuatu yang tidak munasabah dan langsung tidak masuk akal,” katanya.
Justeru, katanya, beliau menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya mendesak Kerajaan Malaysia menghentikan projek Emel 1Malaysia ini, sebaliknya meminta kerajaan memberikan kemudahan internet percuma seperti mana yang dilaksanakan Pakatan Rakyat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11916

ulasanku: sekarang ni pun kita punya email percumakan....buatlah banyak mana pun alamat email yang kita nak...gmail, yahoo, apa lagi ye....tak de bayaran pun...kanak2 sekolah rendah pun ramai yang ada email...so apa motifnya kerajaan nak bagi email percuma.....tu yang rakyat kena fikirkan....jangan suka menyokong membuta tuli je...eheee

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.