Bukan tuannya aje yang berat...blognya pun berat!!!

By
Advertisement


Sejak beberapa minggu ni aku selalu memikirkan tentang blog aku yang macam agak lembab nak loading...sekejap2 aku pi cari timbang...haishhh....tak puas hati sungguhlah...puas aku belek2...tang mana yang buat jadi berat. Selalunya aku pi pinjam penimbang kat sini (pinjam sat alat timbang tu).....

Yang herannya.....aku sendiri pun berat jugak...(kategori overweight) tapi tak la aku risau sangat. Tak de la pulak aku nak naik atas penimbang je tengok berat....tak de la sibuk nak cari tang mana banyak lemak berkumpul...hehehehe

Semalam berat blog aku 134 KB...pagi ni naik mencanak2 ke 184 KB?????
Grrrr......jangan2 alat timbang tu rosak tak?

1 comments:

hani@debumelukut said...

sorang lagi ni, calon 'berat'...
Aduiii, payah nya nak 'ringan'

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.