27.5.11

Gara-gara Pikat Isteri Orang, Telinga Lelaki Putus Kena Toreh

Saya petik:
[TMI] NIBONG TEBAL, 27 Mei — Seorang lelaki berusia 47 tahun cedera parah apabila kedua belah telinganya dipotong kerana dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang.

Lelaki yang bekerja sebagai peniaga daging khinzir itu dipercayai diserang dengan menggunakan senjata tajam hingga mengakibatkan kedua-dua telinganya terputus.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafien Mamat dipetik Bernama Online berkata mangsa ditemui terbaring oleh anaknya dalam longkang berhampiran rumah mereka di Taman Kasawari, Simpang Ampat pada 8 pagi semalam.

“Hasil siasatan mendapati kejadian itu berpunca akibat perasaan cemburu berikutan mangsa dipercayai telah menjalin hubungan sulit dengan isteri orang,” katanya.

Polis telah menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori kira-kira dua jam kemudian selepas gerakan mencari suspek giat dijalankan setelah identiti lelaki itu dikenal pasti.

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda atau sebat.

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...