10.5.11

Guane gamok!.. gula naik 20 sen pun kecoh


"Apekebenderlah tuan amber semua ni, gula naik 20 sen pun kecoh.Bukan banyak pun tak sampai seringgit pun.50 sen pun tak sampai.Lekat celah gigi je 20 sen tu.Baru ni minyak naik 20 sen pun tuan amber kecoh jugak.Tak habis-habis suka buat kecoh dan suka buat hingar la tuan amber semua  ni ya.Bosan la weh  kat tuan amber ni.Sepatutnya tuan amber berterimakasih kat kerajaan sekarang.

Apalah sangat 20 sen tu dibandingkan dengan gaji besar yang kerajaan bayar kat kat tuan amber.Mana ada rakyat yang gaji 400 atau 800 sebulan.Gaji Budin tukang angkut t**k  kat Kampung Seri Wangi tu pun RM20, 000 sebulan.Mana ada orang makan siput babi dan duduk bawah jambatan atau duduk dalam pondok buruk kat negara kita ni.Paling koman rakyat kita ni duduk banglo 4 tingkat.Kalau terbakar tingkat atas ada lagi 3 tingkat.Ada ke rakyat kita yang layak menerima zakat?Takdak kan.
Tuan amber semua ni tak tahu bersyukur langsung  ah.Niat kerajaan kita baik.Nak jaga kesihatan tuan amber.Nanti makan gula banyak-banyak dapat penyakit.Dapat kencing manis.Nanti tuan amber semua mati awal sapa nak undi kerajaan.Banyak lagi kain batik, baja, milo, atap, jamban dalam stok kerajaan yang kerajaan nak agih masa nak mengundi nanti.Kalau tuan amber makan gula banyak-banyak, mati cepat, kerajaan nak bagi kat sapa?Takkan nak buang ke laut barang-barang tu semua macam Amerika yag jahat tu  buang mayat Osama ke laut sesuka hati.Kerajaan kita tak jahat macam Amerika .Kerajaan kita baik.Pasal dengar nasihat APCOlah, kerajaan kita jadi berjurus.Bagus tau APCO tu.Tak rugi bersahabat dengan Yahudi dan bayar mahal-mahal kat APCO. Sampai tahap tu kerajaan prihatin tau .Tuan amber semua je yang tak tahu menilai.
Lagipun dengan naikkan harga gula 20 sen tu kerajaan dapat jimatkan subsidi RM116.6 juta.Dapatlah PM yang kita sayangi kasi kat wanita pertama kita untuk projek PERMATA.Memang PERMATA ni kena modal  line-line RM100 juta.Baru jalan.Bagus projek PERMATA tu tau.Nanti ramai anak-anak kita jadi cendikiawan dan bijaksana dan bijaksini yang soleh dan solehah.Ala sekolah agama tu bagi bantuan kemudian pun tak apa.Banyak masa lagi kan.
 Takpun kalau subsidi tak dipotong macamana kerajaan nak meneruskan budaya makan rasuah dan duit kopi.Tukan dah jadi budaya kerajaan,dah jadi adat.Iskk tuan amber semua ni.Hormatlah sikit.Kan ke orang kata biar mati anak, jangan mati adat.Ataupun sekarang dah boleh tukar pepatah tu, “biar  mati rakyat, jangan mati budaya rasuah”.Lagipun tu semua kan duit kerajaan.Sesen pun takdak duit rakyat.Rakyat isi e-filing bukan bayar cukai pun.Setakat hobi isi masa lapang je.Tuan amber ni tak support langsung la.Support la sikit.
Pemimpin kita dah bagus-bagus dah semua tu.Mana ada pemimpin kita yang kaya raya. Harta melimpah ruah.mana ada pemimpin kita yang duduk rumah batu..semua duduk rumah kayu berdinding nipah  beratap rumbia.Kalau tuan amber semua tak percaya, cuba tuan amber Tanya Taib Mahmud.Depa dah bagus dah.Depa tak perlu dah ubah  cara hidup depa.Kita rakyat ni yang kena ubah cara hidup kita.Baru betul.Lepas ni  tuan amber semua kena pandai berjimat cermat.Jangan naik kereta.Naik basikal je.Dan lepas ni jangan makan benda lain,makan nasi lemak je.Walaupun orang kata makan nasi lemak boleh jadi obesity, tapi tak per pasal tuan amber gi beli nasi lemak naik basikal, balik beli nasi lemak pun naik basikal.Boleh jadi kurus balik.Baru betul tu.
Haa tuan amber semua janganlah asyik merungut dan suka komplen je.Duduk diam-diam dahlah. Barulah kita jadi rakyat yang tahu berterimakasih dan tahu bersyukur.Baru betul.Betul dok amber kata?Ke guane gamok..
" 


Oleh: BekokCobbong

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...