11.5.11

Koperal tembak isteri miang

SIASAT...anggota forensik  menemui kelongsong peluru  di tempat kejadian.
SIASAT...anggota forensik menemui kelongsong peluru di tempat kejadian


SEMBUNYI...isteri suspek dan kekasihnya dibawa menaiki kenderaan polis ke tempat kejadian.

SEMBUNYI...isteri suspek dan kekasihnya dibawa menaiki kenderaan polis ke tempat kejadian



KINARUT: Berang melihat isteri kesayangan bermesra dengan lelaki lain, seorang anggota polis yang baru selesai menjalankan tugas bertindak di luar dugaan apabila melepaskan tembakan terhadap pasangan terbabit, semalam.
Anggota polis berpangkat koperal itu yang sedang menunggang motosikal dikatakan terkejut apabila melihat kelibat isterinya bersama seorang lelaki di dalam Proton Waja berhampiran rumahnya di Jalan Papar Lama, di sini, kira-kira jam 7 pagi.
Isteri polis terbabit cuba melarikan diri dengan memecut kenderaan, namun dikejar suaminya sambil mengarahkannya memberhentikan kenderaan.

Bagaimanapun, isteri itu tetap memecut keretanya dan dalam keadaan kelam-kabut itu, suaminya melepaskan beberapa das tembakan, namun tidak mengenainya.

Tindakan luar dugaan suaminya itu menyebabkan si isteri terus memecut kenderaan ke Balai Polis Kinarut dan membuat laporan polis.- metro

tabik spring lah.....boleh lak main tembak2 kalau isteri curang....macamlah encik2 polis ni baik sangat....aku rasalah.....polis la yg paling banyak buat hal...almaklum selalu sangat serbu gro sana sini...tangkap mat rempit.....bohsia tu ngap jugak......tangkap mat pit....awek mat pit jadi awek dia....alahhh....kalo setakat simpan perempuan belambak...tak yah tunggu kaya....pangkat besar pun.....perempuan2 ni lagi suka kena bela dengan pak polisi....ehhh...apsal aku emo nihhhhh......bukan lerrr semua....tapi adaaaaaa.....apa pun jgn tembak orang sesuka hati....

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...