Skru di temui dalam pizza jenama terkenal

By
Advertisement

AHMAD menunjukkan sebatang skru yang terdapat di dalam piza jenama terkenal di rumahnya di Seksyen 10, Shah Alam semalam.

Kemeriahan majlis hari jadi seorang suri rumah bersama keluarga bertukar cemas apabila suaminya didakwa nyaris tertelan sebatang skru sepanjang 3 sentimeter ketika menikmati hidangan piza di rumah mereka di Seksyen 10 di sini malam kelmarin.
Seeorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Maznah, 27, itu mendakwa, piza itu telah ditempah melalui pesanan dalam talian daripada sebuah rangkaian restoran makanan piza terkenal di Seksyen 9 di sini sebelum dinikmati bersama ibu, bapa mertua, adik ipar dan anaknya.
“Kami membuat tempahan piza sebanyak dua keping pada pukul 8.20 malam kelmarin dan setelah piza tiba, kami membuka sekeping terlebih dahulu yang terbahagi kepada beberapa potongan.
“Ketika suami saya sedang asyik menikmati kelazatan makanan ini, dia tiba-tiba mengadu tergigit sesuatu yang disangka seketul batu tetapi rupa-rupanya sebatang skru,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Seksyen 10 di sini semalam.
sumber : Kosmo

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.