16.5.11

Belasah Isteri Jer Yang Kau Tau


KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mencederakan dan mengugut isterinya yang juga warga Indonesia, tiga hari lalu.
Arman Rosdi, 37, didakwa mencederakan isterinya Septi Harianti, 23, dengan menggunakan mangga besi jenama Solex dan kasut but di rumah mereka di , Cheras pada 8.40 pagi, 9 Mei 2011. Tertuduh yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan, jika sabit kesalahan. Tertuduh juga didakwa mengugut isterinya itu di lokasi dan pada masa dan tarikh yang sama, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Mawarni Abd Halim mencadangkan tertuduh dijamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mendekati mangsa.( harian metro)

Ehhhhh.......cerita suami belasah isteri ni memanglah selalu terjadi......tapi kali ni spesel kes sikit sebab apa aku pernah jumpa ngan mangkuk hayun ni....dia ni dulu bertugas di Balai Polis Pudu tapi sekarang dah tukar.

 Isteri pertama dia pun aku pernah lah jugak jumpa....masa tu dia ada anak lelaki sorang....lawa gak la isteri dia....anak dia pun sangat comel.....mula2 aku ingat isteri dia orang sarawak sbb cakap sarawak....rupanya dia belajar ckp sebab si Arman ni org sarawak. Dah lama lepas tu aku dapat berita dia dah bercerai sbb laki dia ni pukul dia.....masa tu si mangkuk ni dah kawin lain. Tup2 beberapa hari lepas aku selak harian metro aku terbaca criter ni......yang buat aku pelik isteri dia warga indonesia? 
Aku pun wat sibuk la cari info......ooooo...ini isteri yang ke 3. Bini no 2 pun dah lari. Tiga isteri dia semua ada report polis. Gila!!  Dah tak ada kerja ke ko ni asik nak belasah bini.

Dengar citer yg ni pun masih terlantar....tak buka mata lagi....teruk tak teruk la dia punya belasah. Yang kesian tu bini tengah mengandung...ishhhh...jahanam punya jantan. 
Punca? Menurut criternya dia ni cemburu.....dah la dia kurung isteri dia kat rumah bila kuar (di mangga pintu dari luar). Bodoh. Gilaaaaa....eeiiiiii....org macam ni tak layak kawin....patut di KASI je .....biar dia tak kawin2 lagi pasni ni.

Peringatan kepada gadis / wanita / janda / atau apa2 aje.....atas dasar prihatin, lepas ni agak2 la 2 atau 3 tahun akan datang....kalo ada la nama mangkuk ni ajak korang kawin....reject je terus bukan apa....takut penyakit gila dia ni tak sembuh lagi.

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...