Al-Hambra lambang gemilang Dinasti Nasrid

By
Advertisement

AL-HAMBRA adalah sebuah istana yang terletak di Sepanyol pada hari ini dan ia merupakan salah satu bukti visual seni bina Islam yang unik dan indah. Al-Hambra membawa maksud 'yang berwarna merah'.
Ia merujuk kepada warna bangunan dan kawasan sekitarnya yang dikelilingi taman. Istana ini dibina pada pertengahan abad ke 14 Masihi oleh pemerintah Dinasti Nasrid iaitu Sultan Yusuf I dan Sultan Muhammad V
.
Sultan Muhammad V memerintah pada tahun 1354-1359 sebelum digulingkan dan mendapat semula takhta baginda pada tahun 1362-1391. Dinasti Nasrid adalah kerajaan Islam terakhir di wilayah Eropah Barat.
Dinasti ini diasaskan pada tahun 1232 oleh Sultan Muhammad I dan seterusnya menjadikan Granada sebagai ibu kota pemerintahan kerajaan Nasrid.
Sultan Muhammad V dikenali sebagai seorang arkitek yang mengilhamkan seni bina yang unik dan mengagumkan yang ada pada hari ini. Kerja-kerja pembinaan yang awal dijalankan sewaktu pemerintahan Sultan Yusuf I yang memerintah sebelum Sultan Muhammad V.

Istana ini terletak di atas sebuah bukit yang diberi nama Assabika. Kompleks istana ini disiapkan oleh Sultan Muhammad V sewaktu kali kedua baginda menduduki takhta kerajaan Nasrid.
Semasa pemerintahan baginda, Granada merupakan pusat kebudayaan dan seni Islam di wilayah Eropah Barat. Ramai cendekiawan Islam dilahirkan daripada sistem pembelajaran yang diasaskan seperti dalam bidang agama, sains, sejarah, pertanian, perubatan, farmasi dan lain-lain.
Minat mendalam baginda dalam bidang seni dan kesusasteraan telah menghasilkan satu kumpulan sasterawan di dalam istana. Baginda sendiri amat meminati penulisan dan deklamasi puisi.

Salah satu gaya puisi yang digemari baginda adalah puisi tradisional Arab, tawriya. Salah seorang pemuisi Islam yang terkenal pada zaman Sultan Muhammad V ialah Ibn Zamrak.
Puisi yang dikarang oleh Ibn Zamrak dijadikan sebahagian daripada hiasan kaligrafi di dalam istana Al-Hambra.
Dipercayai terdapat lebih 10,000 hiasan kaligrafi di dalam istana Al-Hambra. Kebanyakannya adalah puisi yang diukir di atas batu dan dihiasi dengan lingkaran motif dedaun.
Motif kaligrafi diletakkan di beberapa bahagian, terutamanya di pintu gerbang dan di tiang-tiang yang menyokong seni bina Al-Hambra. Kebanyakan puisi merupakan puji-pujian kepada sultan yang memerintah kerajaan Nasrid. Antara puisi Ibn Zamrak yang terdapat di Al-Hambra ada yang menggambarkan tentang keindahan taman-taman istana ini yang bermaksud seperti berikut: "Ini adalah taman yang menyimpan khazanah yang mengagumkan, yang tiada tolok bandingnya, baginda yang menghimpunkan gambaran taman syurga di dunia, semoga Allah memberkati baginda setiap masa".

Selain puisi, Istana Al-Hambra juga terkenal dengan taman-taman botani yang terdapat di dalam kompleks istana. Taman ini dikatakan mempunyai pelbagai spesies tumbuhan yang di bawa dari kawasan luar Granada. Tumbuhan di dalam taman ini dijadikan bahan kajian para ilmuwan Islam yang bertugas di istana.


Satu lagi kawasan di dalam Istana Al-Hambra yang sering menjadi sebutan adalah Taman Singa. Nama taman ini berasal daripada rekaan air pancutan di bahagian tengah taman yang dihiasi dengan ukiran 12 singa.
Seni bina istana di sekitar kawasan taman ini mempunyai gabungan seni bina Islam dan Kristian pada waktu itu. Kawasan sekitar taman di bina dengan menggunakan 124 tiang alabaster yang menyokong ukiran gerbang yang unik, halus dan indah buatannya.

Moto yang sering digunakan oleh kerajaan Nasrid iaitu Wa la Ghalib illa Allah ('Tiada kemenangan selain Allah') diukir berulang kali sebagai hiasan di dalam Istana Al-Hambra.
Moto ini juga boleh dilihat di atas kebanyakan artifak yang dihasilkan untuk pemerintah Nasrid seperti kotak barangan simpanan, ukiran kayu dan kerusi.

Untuk mengetahui lebih lanjut sumbangan kerajaan Islam Sepanyol dalam perkembangan ilmu pengetahuan, sila lawati pameran Al-'Ilm: Sains dan Inovasi Di Dunia Islam di Muzium Kesenian Islam Malaysia sehingga 29 Mei 2011.

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.