Rakyat diminta bersedia jika harga minyak naik - Ismail Sabri
15/05/2011 11:09pm
PUTRAJAYA 15 Mei – Rakyat diminta bersedia untuk menerima kenaikan harga petrol dan minyak yang dijangka berlaku dalam tempoh terdekat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut terpaksa dilakukan memandangkan kerajaan menanggung beban subsidi yang tinggi ekoran kenaikan harga minyak mentah di pasaran.
Katanya, jika langkah itu tidak diambil, kerajaan akan mengalami defisit yang lebih tinggi pada masa akan datang.
"Hingga sekarang trend dunia tidak nampak langsung tanda-tanda minyak mentah akan turun tetapi ia terus kekal dan terus naik,” katanya. - Utusan
Baru sahaja beberapa hari lepas kita mendengar kenyataan oleh Ismail Sabri tentang "Tiada sebarang kemungkinan harga RON95 dinaikkan buat masa ini", dan SEKARANG kita dikejutkan dengan kenyataan terbaru oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bahawa "Rakyat diminta bersedia kemungkinan harga RON95 naik".
Menurut Ismail Sabri, kemungkinan itu adalah berdasarkan kepada kajian mengenai RASIONALISASI SUBSIDI (Terma baru ni menggantikan PENYELARASAN SUBSIDI) dijangka akan dibuat sekali lagi pada bulan hadapan.
"Saya minta supaya rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata minyak tidak naik tetapi naik juga". Beliau diminta mengulas soalan akhbar baru-baru ini bahawa bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik.
Kali terakhir minyak RON95 mengalami kenaikan adalah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.
p/s : Bila Menteri dah cakap macam tu, confirm lah bulan depan minyak naikkkk... Walla weh
No comments:
Post a Comment