13.3.12

Budak Usia 8 Tahun Hisap Rokok 2 Kotak Sehari



fuhhhh..... dasyatnya  budak kecik nih.... 2 kotak sehari????  

Indonesia – Ilham Umar, mula merokok ketika berusia empat tahun. Kini pada usia lapan tahun dia sudah ketagih rokok dan menghisap dua kotak rokok sehari.
Menurut bapanya, Umar, anaknya itu semakin ketagih merokok dan jika tidak diberikan rokok, dia akan memberontak.
“Dia akan memecah barang-barang jika tidak dibenarkan merokok,” katanya yang bekerja sebagai pemandu teksi.
Ilham yang menetap di sebuah kampung di daerah Sukabumi, kini tidak mahu lagi ke sekolah sebaliknya masa seharian dihabiskan dengan merokok dan bermain.
Keadaan tersebut menunjukkan kegagalan pihak berkuasa untuk mengenakan syarat yang lebih ketat kepada industri tembakau, demikian ujar Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak, Arist Merdeka Sirait.
Malah, katanya, ketiadaan had umur untuk membeli rokok juga mendorong golongan muda ketagih rokok.
Jelasnya, peningkatan jumlah perokok di Indonesia juga adalah disebabkan tindakan agresif yang dilancarkan oleh industri tembakau dengan golongan muda sebagai sasaran.
Setiap tahun sekurang-kurangnya 400,000 orang terkorban di Indonesia akibat tabiat merokok manakala 25,000 lagi maut kerana ketagihan melampau terhadap rokok.
Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang budak berusia dua tahun berjaya menghentikan tabiat menghisap 40 batang rokok sehari selepas menerima rawatan insentif daripada pakar pada 2010.

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...