16.3.12

MALEK NOOR BAKAR PINGAT PIALA DIMENANGI

 


Bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor mendedeahkan beliau membuang dan membakar semua pingat dan piala yang pernah dimenangi sepanjang terlibat dalam sukan bina badan. 

Katanya tindakan itu diambil kerana piala dan pingat mempunyai ukiran patung bentuk badan manusia yang diharamkan oleh Islam. 

Malek turut meminta masyarakat beragama ISlam supaya berfikir panjang sebelum terlibat dengan pertandingan membina badan kerana ianya suatu yang ditegah oleh agama. 

Dahulu saya galakkkan orang buka baju atas pentas, tapi sekarang saya meminta mereka berfikir dahulu kerana ianya berkaitan dengan akidah kita sebagai umat Islam 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sembang Petang bersama Tokoh anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan di Pusat Dagangan Kelantan 


PS: ALHAMDULILLAH....SEMAKIN HARI SEMAKIN RAMAI SELEBRITI TERKENAL YANG BERHIJRAH MENUJU KEBAIKAN .... YANG MENINGGALKAN KEHIDUPAN GLAMOR YANG PENUH DOSA....SEMOGA PENGHIJRAHAN MEREKA MEMBERI INSPIRASI KEPADA YANG LAIN-LAIN.
SUMBER

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...