16.3.12

Awas Jerat Payudara Beracun



Lagi kisah wanita menggunakan aset mereka untuk memperdaya lelaki hidung belang.Jika geng wanita Zimbabwe merogol lelaki hanya untuk air mani tetapi di Thailand geng wanita memperdayakan lelaki kaya bagi merompak.

Sekumpulan wanita yang kreatif dan berpengalaman luas dalam bidang seksual menggunakan buah dada mereka sebagai alat untuk merompak.

Sasaran mereka setakat ini ialah lelaki berbangsa China yang melancong di Phuket Thailand.Caranya ialah kumpulan wanita ini akan mencalitkan sejenis dadah yang tidak berbau dan berwarna ke dada dan belahan buah dada mereka sebelum menggoda lelaki kaya itu ke ranjang asmara.

Mengapa di buah dada? Sebab wanita itu tahu bahawa lelaki akan menuju ke kembar seiras tersebut terlebih dahulu sebelum aksi seterusnya.

Dan apabila lelaki yang gelojoh itu menghisap buah dada yang berdadah itu mereka akan terus hilang kesedaran dan di masa inilah wanita yang berdadah ini merompak barang berharga lelaki “tak sedar diri” itu.

Dengan menggunakan kaedah ini, ketua geng ini yang juga berbuah dada @ wanita dilaporkan memperolehi sejumlah RM394,130 setahun dengan hanya bermodal lelaki menghisap dada.

Buat masa ini, polis di sana telah menangkap 6 wanita yang berkaitan dengan jenayah tersebut.

malaysiasensasi


 http://biaqpila.blogspot.

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...