Di sebuah bandar kecil di Scotland, seekor anjing membunuh diri dengan melompat dari sebuah jambatan. Ia pun jatuh menimpa batu-batu yang ada di sungai bahagian bawah.
Apa yang terjadi selanjutnya? Apakah anjing malang itu masih mampu bernafas seperti pelagak ngeri yang melakukan aksi lompat dari jambatan dalam filem-filem Hollywood?
Fenomena ini bukanlah pertama kali terjadi di sebuah jambatan yang dibina pada tahun 1895 oleh Lord Overtoun, seorang bangsawan Scotland. Jambatan yang bernama Overtoun Bridge ini terletak di kampung Milton, sebelah barat Dunbartonshire dan menyebabkan ramai orang hairan dengan misteri yang menyulubunginya.
Memang bila difikirkan agak mustahil bagi seekor anjing untuk merancang kematiannya sendiri. Namun kejadian aneh ini sudah berlaku sejak tahun 1950-an. Fenomena anjing melompat dari jambatan Overtoun telah menjadi rahsia yang diketahui ramai dan terus terjadi selama lima dekad berikutnya.
Beberapa fakta menarik mengenai jambatan Overtoun bahawa sudah ada sekurang-kurangnya 50 ekor anjing yang mati bunuh diri sampai sekarang, dengan purata seekor anjing sebulan. Dan yang lebih misteri lagi ialah banyak anjing yang melompat dari jambatan Overtoun melompat dari sudut yang sama dan dari tempat yang sama, iaitu diantara dua kubah terakhir di sisi kanan jambatan.
Sesetengah orang percaya bahawa jambatan Overtoun berhantu. Teori lain datang dari kepercayaan Celtic yang menyatakan bahawa jambatan Overtoun adalah sudut pertemuan alam nyata dan alam ghaib. Sesetengah orang percaya bahawa anjing lebih sensitif terhadap energi abnormal dan mungkin anjing-anjing terdorong oleh sesuatu yang tak dapat dilihat dengan mata kasar? Wallahualam.
No comments:
Post a Comment