Ruang pertanyaan rancangan Gema Jumaat Radio Malaysia Pahang atau Pahangfm, gempar apabila seorang pendengar menelefon bertanyakan ustaz tentang hukum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggelarkan rakyat sebagai ‘haramjadah’.
Rancangan mingguan Gema Jumaat di Pahangfm itu biasanya dikendalikan oleh deejay Adnan Majid, tetapi hari ini digantikan oleh deejay Wan Azizah Sulaiman. Sementara penceramah jemputan pula ialah Ustaz Ramli Hasan.
Saya pula tidak pasti apakah tajuk yang dibicarakan ustaz pagi ini, kerana mendengarnya sudah di pertengahan. Itupun hanya terdengar radio dalam kereta yang sentiasa terbuka ketika memandu.
Pada waktu ruang pertanyaan dibuka, seorang pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai Shamsul mengatakan: “Ustaz, apa hukumnya seorang pemimpin memanggil rakyatnya sebagai haramjadah...”. Kemudian deejay segera memutuskan talian dan mengucapkan terima kasih sambil ketawa kecil.
Ustaz Ramli kurang lebih menjawap begini: “Tak kiralah sama ada pemimpin atau rakyat, tidak boleh bercakap terlalu sombong, tidak boleh terlalu bongkak kerana apabila sampai masa Allah akan membalasnya. Tengok Hosni Mubarak dari Mesir, dulu begitulah berkuasa tetapi akhirnya setelah hilang kuasa, apa yang terjadi kepadanya?”
Isu haramjadah ini timbul apabila pada 8 Mei lalu Najib ketika mengisytiharkan ‘durian runtuh’ di Felda Jengka 8 telah menghina peneroka dengan perkataan haram jadah yang ditujukan kepada 8 peneroka yang memfailkan saman injunksi bagi menghalang pelupusan ekuiti saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) sebelum ini.
Najib mengungkapkan perkataan haramjadah itu dengan diulang-ulangnya tiga kali di hadapan 40 ribu warga Felda dan disiarkan secara langsung oleh televisyen.
Menurut kamus dewan, perkataan haramjadah bermaksud anak haram atau anak luar nikah. Biasanya digunakan apabila mengutuk atau menghentam seseorang.
Nampaknya isu haramjadah yang keluar daripada mulut Najib itu tidak akan habis begitu saja. Rupa-rupanya bukan semua rakyat (melainkan Umno) yang sukakan pimpinan mereka bersikap biadab!
selamatkanpahang.blogspot.
✿*~ kalau suka jangan lupa tekan 'like' ye ~*✿
No comments:
Post a Comment