15.6.12

Perarakan Penyerahan Memorandum Badan Bertindak Rakyat Malaysia Selamatkan Umat Islam Rohingya HARI INI !!!







Photo: Rohingya | Mereka saudara kita yang kita sendiri lupakan. Seandainya Rasulullah sollaLLahu'alaihiwasallam masih ada, pasti bercucuran air mata Baginda mengalir. Baginda telah lama mengingatkan kita,

"Perumpamaan orang-orang yang beriman dari segi kasih sayang, belas kasihan dan kemesraan sesama mereka ialah umpama satu jasad, apabila satu anggota mengadu kesakitan, maka seluruh jasad akan turut berjaga malam dan demam." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari page Fattabiouni Malaysia

Disamping kita mengingati dan membantu rakyat Syria yang ditindas sekarang, jangan lupa juga kepada saudara kita di Myanmar. Terbaru, mereka juga ditindas dan dibunuh oleh puak Buddha dan juga pemerintah kerana umat Islam Rohingya merupakan minoriti di sana.


Oleh yang demikian, admin menerima maklumat bahawa pihak NGO MAPIM akan mengetuai penyerahan Memorandum Badan Bertindak Rakyat Malaysia Selamatkan Umat Islam Rohingya di kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur pada 15 hb Jun 2012 selepas solat Jumaat . Acara akan bermula dengan perarakan dari Masjid Tabung Haji Kuala Lumpur.



MAPIM juga akan bersama komuniti Rohingya di Malaysia untuk mengadakan majlis Solat Hajat di Masjid Negara Kuala Lumpur pada 17 hb Jun 2012 selepas solat zohor. Semua masyarakat Islam dijemput untuk solat zohor di Masjid Negara pada hari itu .

Penderitaan etnik Rohingya yang diiktiraf oleh PBB sebagai antara etnik yang paling tertindas di dunia amat memerlukan sokongan dan pembelaan dari seluruh umat Islam di seluruh dunia .

Sesungguhnya muslim itu bersaudara, ayuh nyatakan solidariti kita kepada mereka semua. Disamping kita doakan kejayaan rakyat Syria, jangan lupakan juga mereka di dalam doa kita semua.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti page ini :https://www.facebook.com/KamiBersamaUmatIslamRohigya?ref=tck





✿*~ klik iklan gak ehh ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...