7.6.12

Penemuan Rangka Manusia Pontianak


The remains of a female \

Bulgaria – Pasukan arkeologi Bulgaria menemui dua rangka manusia berusia 800 tahun dalam keadaan misteri dengan serpihan logam tertanam di bahagian dadanya.
Berdasarkan legenda, logam merupakan satu-satunya senjata yang dapat menghalang pertukaran seorang manusia itu kepada benda ghaib.
“Dua rangka berkenaan dicucuk dengan logam. Keadaan ini sama seperti yang dipraktikkan oleh penduduk kampong di Bulgaria pada abad ke-20 bagi menghalang seseorang itu bertukar menjadi pontianak,’’ kata akhbar The Daily Mail.
Penemuan itu penting bagi menunjukkan bagaimana masyarakat pada zaman berkenaan percaya dengan kewujudan pontianak, iaitu makhluk penghisap darah.
Bagaimanapun ia hanya penemuan kecil berbanding beberapa penemuan di tengah Eropah, yang menunjukkan kepercayaan kepada kewujudan pontianak berlaku di kalangan penduduk di sesetengah kawasan Eropah.
Berdasarkan mitos, masyarakat dahulu percaya, manusia yang berperangai buruk akan bertukar menjadi pontianak selepas meninggal dunia.
Mereka juga percaya, hanya logam dan kayu yang ditebuk di bahagian dada dapat menghalang kebangkitan makhluk berkenaan.
Atas sebab itu, benda tersebut digunakan bagi menghalang makhluk itu bangun pada waktu malam dan mengganggu manusia .
Sebulan lalu, rangka wanita telah ditemui di Venice dengan batu bata telah disumbat di bahagian tulang rahangnya.
Ia dipercayai dilakukan bagi menghalang mangsa daripada menghisap darah dan ketika kematiannya, seluruh Eropah diselubungi dengan ketakutan susulan kebimbangan wujudnya pontianak.

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...