8.6.12

PTPTN tarik balik pembekuan pinjaman siswa Unisel, KUIS


  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil keputusan untuk menarik balik pembekuan pemberian pinjamannya kepada siswa Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

  • Sebelum ini, PTPTN telah membekukan pinjaman kepada Unisel dan KUIS - kedua-duanya di bawah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor - sehingga mencetuskan pelbagai reaksi bantahan pelbagai pihak terhadap tindakan tersebut.

    Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata tindakan pembekuan pinjaman PTPTN itu dibuat untuk memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang mahu pendidikan di negara ini, termasuk di peringkat tinggi, diberi secara percuma.

    Tindakan itu juga diambil ekoran kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pelajar supaya jangan membayar balik pinjaman PTPTN dan berjanji ianya akan dimansukan jika Pakatan menawan Putrajaya dalan pilihan raya umum akan datang.

    Sementara itu, seorang pegawai tinggi PTPTN ketika menjawab SMS daripada wartawan Malaysiakini, mengesahkan keputusan menarik balik pembekuan pinjaman kepada Unisel dan KUIS.

    "Pejabat menteri pagi ini telah mengeluarkan surat (supaya) pinjaman PTPTN diteruskan kepada Unisel dan KUIS," katanya yang tidak mahu namanya disebut.

    "Eloknya hubungi pejabat YB menteri," katanya dalam SMS tersebut.
    Sementara itu, seorang pegawai kanan kerajaan Selangor turut mengesahkan PTPTN telah membatalkan pembekuan pinjaman kepada Unisel.

    Pegawai yang enggan namanya didedahkan itu berkata siswa berkenaan boleh membuat permohonan pinjaman tersebut bermula malam ini.


Kerajaan dah tak boleh berfikir secara rasional lagi. Buktinya kejap mereka nak bekukan pinjaman....pastu mereka tarik balik.... adoiiii laaa..... jangan buat lawak la. Sebelum buat sesuatu keputusan tu fikir la dengan kepala otak.... kat Unisel dan Kuis tu anak-anak pembangkang je ke yang belajar situ? Anak-anak penyokong UMNO tak de ke? ekekeke..... Nak tawan Selangor konon...huhhh....dalam mimpi je la.

Errr.....tau gak takut ehhh. ✿*~ Aiyang Disayang ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...