29.6.12

Jasad 400 sahabat Rasulullah saw punca bandar ini diserang teruk





Tahukah kita kenapa wilayah Homs merupakan di antara wilayah yang teruk dibom dan diserang oleh rejim Basyar khususnya daerah Baba Amr?

Apakah yang menyebabkan kota tersebut teruk diserang dan dibedil?

Dalam sejarah, sebenarnya di kota ini ialah tempat bersemadinya jasad lebih 400 orang sahabat Rasulullah s.a.w. yang telah berjuang membebaskan wilayah-wilayah ini daripada cengkaman Rom atau Parsi termasuklah Sayyidina Khalid al-Walid r.a

Sebelum tercetusnya perang Qadisiyyah pada 636 M, sahabat Nabi s.a.w yang bernama Saad ibn Abi Waqqas telah meminta bantuan tambahan daripada Khalifah Umar al-Khattab r.a bagi tujuan menghadapi peperangan dengan tentera Parsi.

Lalu Saidina Umar telah menyahutnya, tetapi dengan mengirim hanya 2 orang sahaja seraya berkata dalam suratnya kepada Saad "aku kirimkan kamu 2 orang ini yang mana ia sama seperti aku kirimkan 2000 orang tentera, iaitu Tulaihah Bin Khuwailid dan Amar Bin Ma'ad Yakreb.." - riwayat Thabarani

Setelah tercetusnya pertempuran, Amr Bin Maad Yakreb telah memperlihatkan kehebatan yang sangat mengkagumkan kaum muslimin. Beliau telah berjaya memimpin peperangan dengan jayanya dan telah membunuh begitu ramai tentera Parsi yang kemudiannya berakhir dengan kemenangan kaum muslimin.

Beliau telah meninggal dunia di Baba Amr dalam wilayah Homs yang mengambil nama sempena nama beliau. Kuburnya berada di kawasan perkuburan al-Kutaib iaitu suatu kawasan perkuburan kedua terbesar selepas perkuburan al-Baqi' di Madinah.

Di bandar tersebut jugalah telah dimakamkan sekurang-kurangnya 400 jasad sahabat-sahabat Nabi s.a.w yang telah sama-sama berjuang hingga sampai ke wilayah ini demi membawa risalah Islam. Termasuklah sebahagian pejuang-pejuang Qadisiyyah yang telah mengalahkan kerajaan Parsi tahun 636 M tersebut.

Baba Amr- Kota ini sangat dibenci oleh rejim Basyar dan Iran khususnya lantaran tokoh dan pejuang-pejuang dari kalangan sahabat-sahabat Nabi s.a.w yang menyebabkan kekalahan kaum parsi dalam peperangan Qadisiyyah dahulu telah dimakamkan di sini.

Kini ia telah menjadi tempat bagi kaum Parsi/Iran dan sekutu-sekutunya untuk membalas dendam terhadap kekalahan silam mereka suatu ketika dahulu.

Semoga Allah memelihara pejuang-pejuang Syria yang merupakan 'cucu-cicit' Saidina Khalid al-walid yang pasti akan mempertahankan bumi Syam ini sehingga ke titisan darah terakhir mereka. sumber




✿*~ kalau suka jangan lupa tekan 'like' ye ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...