9.6.12

Anggota polis meninggal angkara rakan setugas



4 Anggota Polis Disiasat Sebabkan Kematian Rakan Setugas

SUASANA MURAM...ahli keluarga menguruskan jenazah Allahyarham Mustaghni di rumah mayat HTAR, semalam.

KLANG: Berlaku kejutan dalam siasatan membabitkan seorang anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan yang koma sejak awal pagi Ahad lalu sebelum disahkan meninggal dunia semalam, apabila lima anggota polis ditahan kira-kira jam 4 pagi semalam.

Lima anggota polis berusia 45 hingga 51 tahun itu ditahan selepas siasatan terkini mendapati kecederaan parah Koperal Mustaghni Tabri, 48, sehingga membawa kematiannya berpunca daripada lontaran objek seorang daripada anggota polis terbabit dan bukan akibat libasan topi keledar Mat Rempit, sebagaimana dinyatakan sebelum ini.

Mustaghni terbabit dalam kejadian itu ketika bertugas dalam operasi mencegah lumba haram di Lorong Bunga Raya berhampiran Kampung Raja Uda, di sini, jam 1.45 pagi, Ahad lalu sebelum disahkan meninggal dunia jam 11.45 pagi, semalam.

Allahyarham meninggal dunia selepas lima hari koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata punca sebenar kematian mangsa masih disiasat, namun kecederaan disahkan bukan kerana dipukul dengan topi keledar, tetapi akibat terkena lontaran objek keras. 


✿*~ Aiyang Disayang ~*✿  semoga jadi pengajaran kepada anggota polis lain. Jangan nak sewenang-wenangnya belasah orang,  lainlah orang yang kau belasah tu memang merbahaya....ada senjata merbahaya. Nasib baik lontaran tu tak kena kat mat rempit....kalau mati budak tu nak jawab apa? Dan sekarang Allah tunjukkan kau dah terbunuh rakan sendiri. Hargailah nyawa orang lain wahai anggota polis sekalian. Dan entah kenapa semenjak tengok video polis Malaysia belasah peserta Bersih 2 dan 3 dengan keterlaluan buat aku anti je dengan polis yang ganas2 nih. Takziah kepada keluarga arwah. Semoga sabar menerima ujian.

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...