12.6.12

Kontroversi Daniyar: Leonid minta Najib berhati-hati dan siasat latar belakang Daniyar sebelum apa2 berlaku




Dulu masa mula-mula anak PM bertunang.... ada la satu artikel yang ditulis oleh Leonid Komarovskiy 
tentang latarbelakang Daniyar dalam portal eurasia.... tapi nampaknya artikel tu dah tak de....tak tau pasal apa....  tengok sini. (ayat tu kopi pasta dari blog lain) boleh search kat pakcik google.

Tapi ni ada apa yang ditulis oleh Leonid....baca! Satu peringatan untuk Perdana Menteri Malaysia siapa sebenarnya bakal menantu beliau.

Nama akhir Daniyar iaitu Nazarbayev adalah sama dengan nama President Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev – namun, menurut laman portal Eurasia, mereka mungkin tidak mempunyai sebarang kaitan.
“Seorang jejaka dengan nama Daniyar dengan nama akhir yang pelik, dilihat tidak kurang kontroversinya daripada ibunya dalam hal perkahwinan. Terdapat khabar bahawa beliau telah menawan hati Nooryana Najwa, anak perempuan Perdana Menteri Malaysia, dan akan mengahwininya tidak lama lagi,” tulis Leonid Komarovskiy, seorang “wartawan” daripada New York di bawah artikel bertajuk “Borat is out of competition.”

Keseluruhan artikel Leonid menyentuh tentang latar belakang Daniyar, yang didakwanya mempunyai kehidupan yang serba mewah dan penuh kontroversi kerana nama akhir “Nazarbayev” yang diberi ibunya selepas penceraiannya dengan suami terdahulu D. Kesikbayev sebelum berkahwin dengan Bolat Nazarbayev, seorang ahli kerabat Presiden Kazakhtan.

“Pada Oktober 2006, New York Post telah melaporkan Daniyar Nazarbayer, yang dinamakan di dalam tulisan mereka sebagai ‘anak kepada President Nursultan Nazarbayev’, telah membeli beberapa apartment di 55 Wall Street.

Salah satu apartment dengan dua bilik bernilai $2.9 juta dan satu lagi dengan satu bilik bernilai $2.1 juta. Saya tak tahu ia benar ataupun khabar angin, tapi akhbar melaporkan bahawa ‘President Nazarbayev telah melawat rumah tersebut sendiri semasa menghadiri UN Summit (Persidangan PBB) dan memberikan kebenaran untuk pembelian tersebut. Ia nampaknya melibatkan banyak duit,” tulis Leonid lagi.

Dalam tulisannya lagi, Leonid berkata Daniyar patut berterima kasih kepada emaknya Mayra Kurmangaliyeva untuk nama akhir beliau dan segala transformasi yang berlaku kerana nama akhir tersebut.

“Beliaulah yang dapat menawan Bolat Nazarbayev ke jaringannya – satu saudara tulen (ada yang mengatakan ialah adik-beradik) kepada President Kazakh – dan berkahwin dengannya, supaya dapat cepat-cepat melupakan suami dulu D. Kesikbayev, yang nama akhirnya dimiliki Daniyar sebelum menerima surat lahirnya yang kedua dengan nama akhir Nazarbayev,” dakwa Leniod lagi.

“Mengapa tidak (untuk berkahwin dengan Daniyar)? Seorang jejaka terkenal, penuh adunan dan dengan nama akhirnya yang cukup menawan… tapi, jika saya ialah bapa Malaysia, saya akan semak dulu takut-takut: adakah Daniyar sudah berkahwin semasa zaman muda? Buah epal adalah dari pokok epal, seperti yang kita tahu… dan Alma-Ata (ibu kota Kazakhstan) ialah bandar buah epal dan pokok epal,” nasihat Leonid. BACA SINI


Errr..... betullah tu penuh kontreversi.... tehehe

✿*~ klik iklan gak ehh ~*✿

1 comment:

Unknown said...

ZIARAH SAHABAT.. TERIMA KASIH KERANA SOKONGAN ANDA SEJAK BLOG SAYA DIMULAKAN 16.3.2012

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...