China – Zhang Shih, 38, dari Linyi, didakwa telah melanggar jirannya, Wang Lu dan anak perempuan Wang berusia empat tahun selepas mengesyaki wanita itu mempunyai hubungan dengan suaminya.
Kemudiannya dia nekad berbogel dan berbaring di depan ambulans semata-mata bagi mengelak kekasih suaminya dan anak wanita berkenaan yang cedera parah dibawa ke hospital.
“Dia menanggalkan semua bajunya dan berbaring di depan ambulans tersebut.
“Dia juga tidak mengendahkan anggota polis yang mengacukan pistol ke arahnya malah dia telah menumbuk perut seorang kakitangan perubatan yang cuba memberikan bantuan segera kepada anak mangsa,’’ kata polis.
Keadaan ini menyebabkan budak perempuan itu meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya manakala ibunya pula kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Zhang yang juga seorang guru sekolah menengah, kini berdepan dakwaan membunuh dan cubaan membunuh.
Jika sabit kesalahan, dia bakal berdepan hukuman mati.
Dalam pada itu, akhbar tempatan melaporkan Zhang telah menjalani ujian psikologi.
Sementara itu, tindakan tidak waras itu Zhang itu telah dirakamkan dan dimuat naik dalam internet. Ia setakat ini telah disaksikan sebanyak 600,000 kali sejak 6 petang semalam dan menarik lebih 10,000 komen.
erkkk..... macam ni punya perangai pun ada.... tapi bila manusia dah hilang kewarasan apa-apa pun boleh berlaku.... kann.
3 comments:
sanggup dy buat cmtu, manusia, kalau dah sayang smpai sanggup nk bunuh org,,haishh
ohmaiiii. ad jgk manusia mcm ni atas muka bumi nih..
kekeke..... gelihati pun ada... kesian pun ada.... gara2 suami curang isteri hilang kewarasan
Post a Comment