malam ni aku kongsi satu kisah.
kisah jiran aku.
suami dia kahwin lain tapi mereka tak bercerai.
biasalah tu kan...bukan dia sorang je yg bermadu.
cuma cara perempuan lain ambik suami dia tu sangat lah aku kesalkan.
aku tak rapat sangat dengan jiran aku nih.
tapi aku tahulah cerita dia.
baru-baru ni selepas habis majlis perkahwinan anak jiran, kami (dia termasuk aku) dan ada lagi beberapa geng yang lain berborak lah dengan seorang saudara jiran yang buat majlis.
dia datang dari kedah.
sembang dengan dia best banyak ilmu agama yang dia selitkan.
memandangkan dia ni banyak tahu ilmu ... ada seorang jiran bertanya bagaimana nak buat, (anak lelaki dia yang baru masuk kolej dah ada makwe - yg gedikss la).
so paksu (panggilan) bagilah ayat alquran dan cara2 bagaimana nak buat solat hajat minta pada allah dgn cara yg betul. almaklum semua org tahu buat solat hajatkan.
ok...lepastu jiran aku ni pulak.
dia minta tengokkan bagaimana dengan suami dia. suami dia lepas kahwin dengan perempuan tu memang tak balik....mcm kena ikat...macam bodoh tapi dia tau suami dia masih sayang kat dia dan anak2.
paksu guna cara dia- masa paksu buat tu tetiba terasa mcm ada angin yang menyapa.
aku ingat aku sorang je yang rasa.
kemudian paksu tunjuk tangan dia....memang berdiri semua bulu roma dia, dan nampak sgt jelas...
rupanya bukan paksu dan aku je yg rasa....semua yg ada kat situ pun rasa seram sejuk tetiba.
kata paksu...hati2lah...ilmu perempuan tu memang kuat.
walhal jiran aku tak cerita pape pun lagi.
jiran aku nih tenang je....
dia jawab...'saya tahu'
ok cukuplah setakat itu cerita di atas.
manusia memang pelik
mereka sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang mereka nak
cara jahat dan kotor pun tak pe
cuma
aku kasihan dengan orang yg telah bodohkan dengan ilmu hitam ni
dah di bagi makan "taik' sebab tu lah jadi begitu
lupa isteri lupa anak-anak
suami aku pernah cakap
kalau nak suami bodoh ikut cakap isteri bagi je makan nasi kangkang
senang ke nak buat nasi kangkang ni?
jangan cari pasal...tak cium bau syurga nanti.
tapi bagaimana pulak kalau suami kena bodohkan dengan perempuan lain?
susah juga.....
mcm jiran aku ni la.... sana sini dia berubat supaya suami dia lepas dari belengu syaitan tu
mungkin belum rezeki dia
tapi aku respek sangat sebab dia sabar...
setelah sekian lama dia mengharungi keperitan di tinggal suami memang nampak ketabahan dan kekuatan hati dia
bak kata jiran aku yang lain....
sabar je lah bila suami jadi mcm tu
tu semua ujian allah buat kita
allah pun tak uji kita dengan bebanan yang tak kita mampu
aku pulak
allah uji sebab allah sayang
terima kasih ya allah