Lelaki berusia 59 tahun itu yang menetap di Butterworth pada mulanya dikatakan cuba membunuh diri berhampiran pusat beli-belah Queensbay, Bayan
Lepas awal pagi ini namun digagalkan pihak polis yang bertindak memujuknya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Abd Lah berkata pihak polis menerima maklumat lelaki itu sedang menangis di tepi laut berhampiran pusat membeli belah Queensbay kira-kira pukul 4 pagi ini.
"Pasukan peronda dihantar ke tempat kejadian dan bertindak memujuk beliau agar pulang ke rumahnya.
"Anggota kita mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memujuknya sebelum dia mahu pulang dengan baik," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata pasukan peronda polis itu juga bertindak mengiringi bapa ahli sukan itu yang memandu kereta bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
"Sebaik tiba di kilometer dua Jambatan Pulau Pinang kira-kira pukul 7.45 pagi, dia memberhentikan kereta di tepi jambatan dan keluar serta cuba terjun ke laut. Bagaimanapun hasil tindakan pantas polis, kita berjaya menyelamatkannya," katanya.
Azman berkata lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.
"Berdasarkan keterangan awal, beliau mendakwa menghadapi masalah keluarga kerana anggota keluarganya tidak mempedulikannya," katanya. - Bernama
✿*~ jangan lupa klik iklan ~*✿
1 comment:
Assalamualaikum wbt. Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.
Post a Comment