Mulut wanita jadi ibu tumpang 12 anak sotong

By
Advertisement
Good enough to give birth to? The woman from South Korea was eating cooked squid when she 'was impregnated by the sea creature'
Korea Selatan – Seorang wanita berusia 63 tahun terkejut selepas mendapati mulutnya menjadi `rumah tumpang’ bagi 12 anak sotong selepas dia makan sotong kurita.
Dia menyedari perkara berkenaan selepas membuat pemeriksaan doktor selepas mendapati ada benda yang menyucuk-nyucuk di dalam mulutnya.
Perkara tersebut didedahkan dalam dokumen sains di Pusat Bioteknologi dan Maklumat Kebangsaan di Bethesda, Maryland.
Menurut laporan tersebut, selepas merasakan ada benda tajam di dalam mulutnya, dia terus menemui doktor untuk membuat pemeriksaan.
Doktor kemudian menemui telur sotong melekat di dalam mulutnya terutama di bahagian lidah, gusi dan pipinya.
Setelah dimasukkan ke dalam hospital, barulah anak sotong itu dikeluarkan daripada bahagian berkenaan.
Doktor menggambarkan telur sotong itu sebagai organism hidup.
Laporan itu menyebut, wanita itu tidak makan semua hidangan sotong yang dimasaknya selepas mendapati ada benda asing di dalam sotong tersebut.
Walaupun dia meludahkan semula sotong itu, namun sebahagian kecil telur telah melekat di dalam mulutnya tanpa disedari oleh wanita tersebut.
Kebiasaannya restoran yang memasak sotong kurita akan membuang bahagian dalam sotong tersebut sebelum dihidangkan kepada pelanggan.


✿*~ klik iklan gak ehh ~*✿

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.