27.3.13

AWAS ORANG KETIGA! ANDA BAKAL DISAMAN!


Tahu tak, isteri/suami boleh saman orang ketiga yang mengganggu rumahtangga



Orang ketiga yang menjadi punca hubungan suami isteri berantakan bakal berdepan tindakan undang-undang kerana perkembangan terkini menunjukkan mereka perosak institusi kekeluargaan Islam dan antara punca meningkatnya penceraian pasangan muda.

Tindakan ke atas orang ketiga itu bakal dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan meluas di Wilayah Persekutuan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Akta 559)



"Seksyen 36 membenarkan orang disabit bersalah didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya atas kesalahan memujuk lari perempuan bersuami"

"Seksyen 37 pula merujuk kepada kesalahan menghalang pasangan sudah bernikah daripada hidup bersama sebagai suami isteri dan sabit kesalahan boleh didenda RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya"

Satu lagi peruntukan di bawah Seksyen 38 iaitu menghasut suami atau isteri bercerai atau mengabaikan kewajipan serta tanggungjawab dengan hukuman sama seperti Seksyen 36.

Jadi, selepas ini sekira ada suami atau isteri mendapati wujud unsur orang ketiga dalam hubungan mereka boleh buat laporan ntk disiasat  di bawah akta ini.

Pihak ketiga ini termasuk kekasih lama dan pihak keluarga yang terdiri dari ibu, ayah dan adik beradik. Untuk mendakwa golongan ini sebagai punca penceraian pembuktian perlu kuat dan tidak boleh besandarkan aduan semata-mata. METRO HARI INI.

sumber


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...