25.3.13

Banyak Airmata Yang Gugur Dalam Trajedi Samporna



Hiba hati bila dengar sendiri cerita bagaimana pertempuran yang menjadi sejarah duka negara kita ini ... pertempuran yang menyebabkan gugurnya 6 syuhada dan terkepungnya 18 orang anggota polis dalam peristiwa serangan pengganas Kiram III d Kampung Simunul, Semporna Sabah baru2 ini, dari seorang rakan semasa berjumpa dimajlis Sambutan Hari Polis 206 di Pulapol Jln Semarak pagi tadi..

Di sebalik kisah ngeri anggota kita yang gugur syahid yang semua rakyat sudah sedia maklum kita seakan lupa bahawa trauma yang di hadapi oleh 18 orang anggota polis yang di kepung lebih dari 20 jam itu ... mereka terperangkap dalam keadaan ada yang cedera ... ada yang perlu menjaga tawanan dan ada yang perlu menjaga rakan yang cedera parah. Lebih hiba bila ada yang menjaga sahabat mereka yang telah kaku gugur syahid.

Sambil bercerita, aku lihat airmata sayu mula bergenang di mata sahabatku ini, anggota polis yang terlibat dalam kejadian tersebut.
Sekali sekala aku melihat dia menggenggam erat senjata yang di bawanya itu & aku benar2 faham gejolak hatinya ketika itu ... Geram juga katanya ... malah beliau mengatakan bahawa beliau seolah-olah tidak puashati kerana ada pengganas Kiram yang berjaya melarikan diri..

Semasa kejadian berlaku, beliau melihat sendiri bagaimana sahabatnya di tembak dari arah sisi. Melihat sendiri bagaimana seorang sahabatnya cedera parah di tetak hampir putus kedua tangannya ... tetakan di kepala menyebabkan darah mengalir laju membasahai lantai papan yang jarang.

Terlalu sebak bila kenangkan mereka terkepung dalam kesuraman malam. Makanan tiada, peluru pun hampir habis dan sahabat yang tercedera parah mula bertanya ..."lambat lagikah bantuan tiba..?"

"Bohonglah saya kalau saya kata saya tidak trauma.." itulah kata-kata yang menyentuh hati aku ... menurut beliau, siang dan malam selepas kejadian ngeri itu, beliau bersama rakan yang lain berkongsi perasaan yang sama. TRAUMA ... apalagi kami bertugas di balai ini sudah lama dan masyarakat di sini mengenal kami, samada yang baik maupun penjenayah pun mungkin kenal kami.

Justeru itulah jawapannya, mengapa rata2 mereka yg bertugas di Lahad Datu memakai topeng muka. Mereka perlu melindungi muka mereka mulai hari kejadian tersebut di mana saja mereka berada ... bimbang juga berada di khalayak ramai dan manalah tahu ada saki baki pengganas atau talibarut Kiram III yang ingin membalas dendam...

Malah menurut beliau, ada di antara rakan mereka yang masih menggigil ketika memegang senjata selepas kejadian itu. Tambahnya lagi ... kami bukan minta penghargaan seperti syuhada atau anggota lain yang tercedera ... kami dengar ada guru-guru di beri kaunseling supaya hilang trauma mereka ... kerana beliau dengar ada guru yang mohon pindah sekolah..

"Kami akan kekal di sini ... kami takkan berganjak maupun di tukarkan.."

"Kalau boleh kami 18 orang ini di beri kaunseling agar hilang trauma yang kami hadapi..itu saja yang kami minta.."




Kepada Abang-Abang Wira Simunul ... semoga anda semua baca apa yang aku tulis ini. Aku doakan anda semua di tenangkan hati oleh Allah swt .... memang ada harga yg perlu kita bayar dalam satu2 perjuangan, jangan mudah putus asa. Perjuangan harus diteruskan.

Kepada Rakyat Sabah ... anda orang baik-baik ... berilah kerjasama yang sebaiknya kepada Pasukan Keselamatan kita. Ada d antara anggota polis bukan orang Sabah ... tapi mereka jaga keselamatan semua dan mereka gugur demi pertahankan kita semua.

Kepada Rakyat Malaysia ... janganlah kita lupa kepada Anggota Keselamatan kita yang tercedera maupun yang tidak cedera ... mereka semua ke sana dengan satu tujuan ... mempertahankan kedaulatan negara kita !

Kalau pun kita terlalu kedekut mahu menderma pada tabung mengenang budi dan jasa mereka, tak mengapalah ... himpunlah harta kita banyak2 .... cuma janganlah kita menghina atau memperlekehkan perjuangan serta jasa2 mereka. Jangan lah kita keraskan hati kita ... pujuk & lembutkanlah hati sendiri .... supaya kalau tinggi elok jadi bintang ... kalau rendah masih jadi intan.


copypaste 

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...