17.3.13

MATINYA PAWANG LANUN SULU DAN MAYAT DIBALUT KARPET!!!



Kebergantungan puak-puak lanun Sulu kepada tangkal azimat dan kepercayaan luar biasa terhadap 
ilmu kebal dan tok bomoh, menjadikan mereka seperti kaum yang cukup hebat dan berasa tidak boleh 
terkalahkan. Kepercayaan karut itulah yang memberikan keyakinan yang sangat menebal kepada 
mereka, kononnya mereka boleh menawan Sabah dalam tempoh dua jam sahaja.


Dan selama 23 hari, peluang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada lanun-lanun Sulu untuk 

menyerah diri dan meletakkan senjata, mereka sebaliknya bercakap besar dan menyatakan 
bahawa mereka akan terus berada di Sabah untuk selama-lamanya dan setiap inci Sabah 

adalah milik Kesultanan Sulu.

Lanun-lanun Sulu itu cuba menipu kononnya mereka masih Kesultanan Sulu yang berkuasa 

sedangkan Kesultanan Sulu telah lama 'dihilangkan' dan Sultan Sulu yang ada sekarang, tidak 
lebih daripada seorang Ketua Puak yang tidak mempunyai banyak kuasa dan daulat. Manakala 

yang gila hendak menjadi Sultan Sulu pula seperti Jamalul Kiram III, jumlahnya amat ramai.

Berbekalkan keyakinan kepada tangkal, azimat dan ilmu sihir, serangan dilakukan dan lanun-lanun 

Sulu itu berharap, Kerajaan Malaysia akan melayani mereka seperti orang mamai yang

 sedang kesurupan.

Hilang cakap besar dan hilang segala kehebatan tangkal, azimat dan jampi serapah. 61 lanun Sulu 

berjaya dibunuh oleh peluru dan bom pasukan keselamatan Malaysia. Manakala lebih 100 orang 
konco-konco lanun Sulu yang cuba menyamar sebagai orang tempatan pula, berjaya ditangkap 
dan ditahan tanpa seorang pun daripada mereka mampu menghalimunankan diri seperti yang

 sering dimitoskan kepada kaum Sulu dari Filipina itu.

Dan antara 61 mayat lanun Sulu terdapat satu mayat yang sebelum ini semasa hidupnya cukup 

terkenal dengan kehebatannya. Kononnya kebal sangat ler. Kononnya ilmu batinnya sangat tinggi, 
boleh meniti di atas daun, boleh menghilangkan diri dengan pantas, boleh menyelam di dasar 

laut berjam-jam lamanya dan pelbagai kehebatan yang lain.

Namun, kalau sudah ajal, menyorok dalam peti besi sekalipun, malaikat maut dapat mencarinya.

Nyawanya direntap berasbabkan peluru pasukan keselamatan Malaysia. Dan daripada seorang yang 
begitu dihormati oleh lanun-lanun Sulu, mayat si pawang tersebut akhirnya hanya mampu 
disorokkan di dalam gulungan permaidani sebelum ditemui oleh pihak keselamatan Malaysia. sumber 


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...