19.3.13

Horrific Scenes of Burning Bodies -Syria (video)


Video ini dirakam sebaik sahaja jet pejuang MIG menyerang bandar Kafranbil, jururakam hanya dapat merakam video ini dan berulang kali memberitahu yang mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk mangsa.

Selepas tentera Assad menyerang bandar ini pada 5 November yang lalu, penduduk bandar ini berusaha untuk menyelamatkan mangsa dan juga mengeluarkan mayat-mayat yang rentung dari jalanan.

Tekanan memuncak dalam video ini yang mana penduduk awam sedar serangan kali kedua akan berlaku bila-bila masa sahaja (tentera Assad mensasarkan penduduk awam yang cuba untuk membantu mangsa-mangsa) dan tiada hospital yang mempunyai kelengkapan yang cukup untuk merawat mangsa-mangsa yang kritikal.



Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Bantulah Saudara Seagama Kami di Syria. Binasakan Pemimpin Zalim Basyar Assad Ya Allah.

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

2 comments:

Unknown said...

Pergiat usaha menentang kebatilan UMNO BN kerana masa semakin hampir. Setiap entri adalah berharga...

Lawati http://mybabah.blogspot.com/

Mak Wardah said...

Ya Allah, peliharalah nyawa2 saudara kami di Syria.

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...