8.3.13

Zed Zaidi tertipu - Pembantu rumah sulu ugut ibu mertua


“Saya orang Sulu, suami saya orang Sulu, keluarga saya orang Sulu. Adakah puan tidak takut kepada saya?” Itulah ugutan yang diterima ibu mertua Zed Zaidi, malam kelmarin sebelum pembantunya bertindak lari dari rumah.

Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), dia sudah membuat laporan polis hari ini (semalam), selepas merasakan dirinya tertipu.

Apatah lagi, dia sudah menghabiskan berbelas ribu ringgit untuk memenuhi kesemua prosedur sebelum menerima pembantu rumah berusia 26 tahun itu bekerja.

“Sebaik dia berkata begitu kepada ibu mertua saya, ibu mertua saya berkata yang dia tidak takut kepadanya apatah lagi kini berada di negara sendiri. Sebaik kami bangun pagi tadi, dia sudah tiada di rumah.


“Ketika mula-mula diperkenalkan, dia beritahu namanya Fatimah dan dia boleh membaca Al-Fatihah. Tapi apabila dia mula bekerja, dia beritahu namanya lain dan jika sesuatu berlaku, dia lebih suka menyebut Jesus dan sering meminta cuti pada hari Ahad dengan alasan mahu bersembahyang.

“Namun, saya tidak pasti adakah benar dia orang Sulu atau sengaja mengambil kesempatan di atas konflik di Lahad Datu yang berlaku sekarang,” ujarnya kepada Zass.

Zed berkata, dia berasa kesal kerana sudah menghabis wang untuk memenuhi prosedur membawa pembantu rumah itu bekerja, namun wanita tersebut tidak melakukan kerja dengan baik.

“Sejak awal lagi, kami memang kurang berkenan dengan cara kerjanya. Namun, apabila difikirkan balik, saya bersyukur kerana dia tidak pernah mengapa-apakan anak saya,” katanya.

Ditanya mengenai keputusannya mengambil orang gaji warga Filipina, Zed berkata, dia tidak percaya kepada pembantu rumah dari negara lain kerana sudah beberapa kali ditipu.

Katanya, selepas ini dia berharap akan mendapat pembantu rumah dari Malaysia dan lebih senang mengaji rakyat Malaysia sendiri.

“Saya tahu, lepas ini mesti ramai yang berkata, saya selalu menentang kemasukan artis luar tapi ambil orang gaji warga asing.

“Tapi senario dalam industri berbeza, kita ada lambakan artis di Malaysia, tapi penganjur lebih gemar memberi peluang kepada artis luar. Tapi dalam skop pekerjaan, tidak ada orang Malaysia yang mahu menjadi pembantu rumah, jadi kita kena ambil orang luar.

“Bagaimanapun, selepas ini, saya lebih rela mengambil pembantu rumah warga Malaysia dan sesiapa yang berminat boleh berjumpa saya terus atau menghubungi saya menerusi Facebook atau Twitter," katanya.



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...