29.3.13

DROPBOX - BANTU KESAN PENCURI NOTE 10.1 ' PINK '

Hai salam semua.....
korang dah tahu apa dia dropbox?
kita baru je tahu ni..... tu pun selepas terjumpa post kat bawah ni di fb. Wanita ni telah kecurian note 10.1 dan dia memang guna aplikasi dropbox. Tetiba muncul gambar dua makhluk asing bergambar dalam tandas dalam folder dia. Jadi dia syak makhluk tandas ni la yang curi note dia. Baguslah kan aplikasi ni. Maknanya kalau org yg curi tu tak reti pape pasal aplikasi ni memang nahaslah kan. Tapi kalau pencuri tu jual kat orang lain .... naya gak la orang ketiga tuh.

Terus google apa  benda la dropbox tu. Ohhh.... lebih kurang mcm poket doraemon tu rupanya. Baca SINI


Dropbox_Logo1
Perisian yang ingin saya kongsikan adalah “Dropbox – Simply Your Life“. Dengan motto ”Your life’s work, wherever you are.” telah mengambarkan apakah fungsi sebenar aplikasi Dropbox ini.
Dalam erti kata lain Dropbox adalah perkhidmatan yang diberikan secara percuma dan membolehkan pengguna membawa semua gambar, dokumen, video atau apa sahaja data kemana-mana sahaja. Ini bermakna bahawa mana-mana dokumen yang anda simpan ke laman web Dropbox secara automatiknya akan turut berada kepada semua komputer anda dan telefon anda.
dropbox-graphicDropbox juga senang berkongsi data antara pengguna-pengguna lain yang dibenarkan. Konsep yang lakukan sama dengan konsep “Sharing Folder”. Ini memudahkan perkongsian data secara terus dan pantas.
Ini juga dapat menjaga sebarang dokumen penting anda daripada berlaku sebarang bencana alam, kecurian dan perkara yang sewaktu dengan nya. Sebagai contoh kecurian laptop anda, kerosakan hard disk, file crash dan sebagainya.
Sila lawat laman web Dropbox untuk pendaftaran sekarang atau ingin mendapat info yang lebih terperinci. ”Dropbox – Simply Your Life
sumber

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...