6.3.13

TV3, Utusan minta tangguh jawapan notis saman dari Anwar


Aisha Geoffrey


KUALA LUMPUR 6 MAC: Dua media kawalan Umno meminta tangguhan jawapan terhadap notis tuntutan Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan laporan fitnah yang mengaitkannya dalam tragedi Lahad Datu.
Peguam, N Surendran berkata TV3 Malaysia Berhad meminta tempoh dua minggu manakala Utusan Malaysia tidak menyatakan tempoh.
Suren“Semalam, kami terima surat dari TV3 yang minta tempoh dua minggu  untuk menjawab notis. Utusan juga tapi tak nyatakan tempoh.
“Mereka patut boleh jawab pada kadar segera,” kata Naib Presiden  KEADILAN itu kepada Keadilan Daily, hari ini.
Pada 4 Mac lalu, Anwar menghantar notis tuntutan saman dan memberi tempoh 24 jam untuk menarik balik tuduhan, membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi, masing-masing RM100 juta.
Surendran tegas menyatakan tuntutan tetap dibuat sehingga kedua-dua media berkenaan harus menjawab semua tuntutan Ketua Umum KEADILAN itu.
“Kita pandang serius tuduhan berkenaan dan menuntut permohonan maaf
serta ganti rugi,” katanya.
Sebelum ini, muka depan Utusan bertarikh 2 Mac memapar tajuk ‘Ketua
Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?’ manakala satu laporan di
muka 10 akhbar itu bertajuk ‘Tiga kumpulan jadi dalang.
TV3 pula menggunakan istilah dalang ketika mengaitkan Anwar dalam
insiden berkenaan.
DENI - CopyLaporan itu bertentangan dengan kenyataan Kesultanan Sulu yang menafi
dakwaan kononnya pembangkang Malaysia terlibat membantu menyemarak
krisis Sabah seperti tohmahan kerajaan Malaysia.
“Kami tiada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Kami tidak adakan perbincangan dengan mereka,” kata Puteri Jacel Kiram, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III.
Kenyataan dibuat dalam Interaksyon.com, sebuah laman berita bagi saluran TV5, rangkaian radio dan televisyen komersil utama di Filipina, bertarikh 4 Mac lalu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46570




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...