14.3.13

Suami Libas Isteri Dengan Pisau Kerana Tak Dapat Telor Goreng



Hailaaa.... tak dapat telor goreng pun sampai main libas2. Kalau setakat libas rambut ke tepi tak pe ni libas dengan pisau...bahaya betul!
Seorang isteri cedera di belakang leher akibat dilibas pisau pemotong daging oleh suaminya yang naik berang kerana keinginannya menikmati hidangan telur goreng tidak dipenuhi. 
Dalam kejadian di rumah pasangan itu di Taman Intan, dekat sini, kira-kira jam 12 tengah malam, mangsa berusia 24 tahun yang cedera, menyelamatkan diri dengan berlari mendapatkan bantuan di rumah jiran.
  
Suami Libas Isteri Dengan Pisau Kerana Tak Dapat Makan Telur Goreng - Terbakor
gambar hiasan
Difahamkan, ketika kejadian suami mangsa berusia 44 tahun, dikatakan pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan meminta mangsa menggorengkan telur. 
Mangsa memberitahu suaminya telur sudah habis tetapi suspek tetap mendesak isterinya menggorengkan telur sehingga berlaku pertikaman lidah. 
Berang dengan keengganan isterinya, lelaki terbabit bertindak mengambil pisau pemotong daging lalu diacukan ke belakang leher mangsa dan ketika pergelutan, leher wanita itu tercedera. 
Bimbang lebih teruk dicederakan, wanita itu melepaskan diri sebelum meminta bantuan daripada jirannya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Kapar. 
Difahamkan suami mangsa bekerja sebagai pemandu lori pasir sejak sebulan lalu dan sering pulang ke rumah lewat malam dalam keadaan mabuk. 
Tumpang rumah ibu bapa 
Akibat kejadian itu, mangsa yang tidak bekerja kini menumpang di rumah ibu bapanya. 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan menjelaskan kes disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan mengunakan senjata.

-Bharian-




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...