21.3.13

Ngeri! Gambar Kepala Lelaki Dipenggal Di Kluang Untuk Dipuja !

Allahuakbar..... ngerinya!!!   Kejam sungguh pelaku ini.



Gambar ngeri tersebut merupakan satu kepala seorang lelaki yang telah dipenggal untuk digunakan dalam satu upacara pemujaan di sebuah kuil India dalam ladang kelapa sawit Sri Lalang di Kluang, Johor..Kepala lelaki malang tersebut diletakkan diatas sebatang kekaki yang digunakan untuk membakar kapur barus..


Laporan Kosmo: Polis menemui satu kepala milik lelaki warga emas yang dipercayai dijadikan pemujaan di dalam sebuah kuil di kawasan ladang kelapa sawit, dekat Sri Lalang, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd. Ali berkata, kepala lelaki berusia 62 tahun itu ditemui penjaga kuil di Ladang Coronation pagi ini sebelum melaporkan kepada polis pada pukul 7.30 pagi.
“Siasatan awal mempercayai lelaki itu dibunuh di tempat lain sebelum kepalanya yang dipotong dengan senjata tajam dibawa ke kuil berusia lebih 70 tahun itu untuk tujuan pemujaan. Usaha sedang digiatkan untuk mengesan anggota badan lelaki itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, di sini hari ini. - BERNAMA

SUMBER

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...