22.3.13

(VIDEO) Menyayat hati..... keadaan masjid selepas dibom yang mengorbankan as-Syahid al-Allamah Syeikh Muhammad Saeed Ramadan al-Bouti dan 42 yang lain dalam majlis ilmu.

 Al-Fatihah buat mereka.



BERITA KEMATIAN DR AL-BOUTI


Seorang penyokong kuat kerajaan Syria yang berprofil tinggi, Assyeikh Dr Said Ramadhan al-Bouti ( العلّامة الشيخ محمد سعيد رمضان البوطى) telah terkorban dalam satu serangan berani mati yang dilancarkan ke atas Masjid Iman, di tengah kota Damsyik.

Serangan itu berlaku ketika al-Bouti sedang menyampaikan kuliah mingguannya di masjid berkenaan melalui satu letupan yang menyasarkan diri al-Bouti sebagai korban.

Dalam pada itu, Assyaikh Muaz Khatib,Presiden Gabungan Pembangkang Kebangsaan mendakwa kerajaan Syria sebagai dalang serangan ini.

Menurut fakta, laluan sekitar masjid berkenaan merupakan kawasan yang dikawal ketat oleh pihak berkuasa yang menjadikannya mustahil untuk menyalurkan senjata dan bahan letupan ke dalam sana.

Jumlah mangsa meningkat kepada 42 korban dengan 84 cedera. Antara yang terkorban termasuklah murid kanan dan cucu beliau.

Dr Bouti adalah seorang ilmuwan yang memang tidak asing di kalangan sarjana islam. Karya beliau banyak di terjemah dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Malaysia dan banyak menjadi Syllabus pengajian beberapa universiti. Antara yang termayhur adalah kitab Fiqh Sirah Nabawiyyah.

Dr Bouti memang dikenali sebagai seorang penentang tegar Ikhwan Muslimin dan kematian ini menandakan satu kerugian buat regim.

Namun di akhir hayatnya, Dr Bouti telah berpaling arah dan menyatakan kesediaanya untuk menyokong rakyat dalam revolusi mengguling pemerintahan Assad. Beliau juga telah merancang untuk keluar dari Syria bersama keluarganya. Perkara ini juga mungkin menjadi faktor pembunuhannya.

Sumber:
www.aljazeera.com
www.aljazeera.net


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

1 comment:

bicara mak dara said...

masyaallah.. AL fatihah... :(

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...