6.3.13

Gambar TERKINI mayat penceroboh Lahad Datu! Penceroboh serang anggota CID, forensik





Akhirnya penantian selama tiga hari berakhir.


Kerajaan Malaysia mendedahkan gambar dan mengesahkan sekurang-kurangnya 13 kematian susulan operasi pengeboman yang dijalankan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein berkata langkah tersebut bagi membuktikan bahawa kejadian yang berlaku bukan satu rekaan tetapi realiti yang berlaku di lapangan.

Menteri pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media sama menunjukkan kepada wartawan gambar sembilan mayat dalam satu longgokan.

Beliau turut menunjukkan gambar penceroboh yang ditembak mati pagi ini serta tiga lagi di satu kawasan perkuburan yang didakwa digali penceroboh.

Hishammuddin pula bagaimanapun enggan mendedahkan keseluruhan jumlah kematian di pihak musuh, kecuali yang dirakam dalam gambar tersebut.


Selain kematian pada pagi ini, belum dapat dipastikan sama ada 12 yang selebihnya maut semasa serangan semalam atau pertempuran pada Jumaat lalu.

Kerajaan mendedahkan gambar tersebut ekoran aduan wartawan yang sukar mendapat akses selepas pasukan keselamatan memasuki kampung tersebut untuk memburu penceroboh bersenjata Filipina selepas jet pejuang mengebom kawasan itu semalam.

Hishammuddin juga berkata saki baki kumpulan penceroboh menyerang pegawai forensik yang dihantar untuk mengumpul bukti dalam operasi pembersihan.

Katanya, serangan itu dilakukan oleh beberapa orang penceroboh yang melepaskan diri daripada serangan yang dijalankan semalam.

Serangan yang disasarkan kepada anggota polis dari jabatan siasatan jenayah (JSJ) dan pasukan forensik itu berlaku ketika kawasan berkenaan sudahpun dianggap selamat.



*****************************************************************************

Dalam perkembangan yang sama, kegagalan kerajaan menangani insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah dengan baik kerana mengambil masa yang lama iaitu 23 hari sehingga lapan anggota keselamatan terkorban, kata Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim hari ini.


Beliau berkata, keadaan itu menunjukkan kelemahan dalam kepimpinan yang ada hari ini.


"Ini bukan kegagalan di pihak polis atau ATM tetapi kepimpinanan.


"Berlaku kelemahan dalam memberi arahan daripada pihak atasan. Kenapa kerajaan perlu menunggu sehingga 23 hari baru mengambil tindakan sedangkan kedaulatan telah digugat," katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.


Anwar turut menjadikan tragedi di Sauk, Perak sebagai contoh di mana insiden itu hanya mengambil masa empat hari diselesaikan.


Ketua Pembangkang itu juga mendesak kerajaan mengadakan persidangan Parlimen tergempar bagi membincangan isu tersebut dan mendapatkan penjelasan sepenuhnya tentang krisis itu.


Malah katanya penyelesaian secara politik itu perlu diambil untuk jangka panjang bagi memulihkan keadaan di Sabah.


"Ahli Parlimen berhak dapat penerangan sepenuhnya mengenai krisis ini.


"...Perdana Menteri tidak boleh menangguh atau melenggahkan masa untuk memanggil sidang Parlimen," tegasnya.


Beliau kesal apabila ada pihak yang cuba mengaitkan beliau dengan pencerobohan itu walaupun pihak Kesultanan Sulu sendiri mengeluarkan kenyataan menafikan pembabitannya dalam hal tersebut.


"Banyak matlamat berhubung perbincangan kerajaan dan pihak Sulu perlu jelaskan.


"...Kesultanan Sulu sendiri telah keluarkan kenyataan menafikan sebarang perkaitan saya dalam insiden Lahad Datu itu," jelasnya.



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...