19.2.12

Tahu tak, isteri/suami boleh saman orang ketiga yang mengganggu rumahtangga

Minggu lepas dalam rancangan Wanita Hari Ini, isu yang di bawa sangat menarik. Aku sempat la menonton rancangan tersebut (memang selalu sempat pun ahaksss). Tetamu jemputan ialah Puan Suzana, biodata tak sempat nak tangkap tapi memang dia selalu di jemput membincangkan topik undang2 syariah ni (peguam syariah barangkali).

***SUZANA GHAZALI PERUNDING  PSIKOLOGI KELUARGA DAN GUAMAN SYARIE*** BOLEH RUJUK FB BELIAU.


Isu yang aku kata hangat tu ialah SAMAN ORANG KETIGA. Maknanya isteri atau suami boleh saman orang ketiga yang menjadi punca kepada perceraian. Orang ketiga tu termasuk kekasih suami/isteri, keluarga seperti ibubapa mertua, ipar duai.


Di bawah akta kesalahan syariah (betul ke ni)
-seksyen 36 jika perempuan/ lelaki memujuk lari suami/isteri
-seksyen 37 menghalang suami isteri hidup bersama 
-seksyen 38 menghasut suami/isteri lalai dari tanggungjawab


jadi pesan Puan Suzana jika berlaku perkara di atas, jangan mengamuk, melolong bagai... tapi sabar dan kumpul bukti, buat aduan di pejabat agama.


TAPI ingat.....seorang isteri tak boleh saman MADU dia sendiri!!!! INGAT....ORANG KETIGA TIDAK TERMASUK MADU ANDA....peace!!!!






Baca bawah lagi.....




Isu perceraian yang menjadi topik hangat ketika ini 'semakin menarik' apabila seorang pengamal undang-undang memberi tips kepada isteri-isteri teraniaya mengenai cara berdepan perampas suami mereka.

Peguam berkenaan, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, isteri yang diceraikan disebabkan suami mereka digoda orang ketiga boleh menyaman wanita yang menjadi punca penceraian rumah tangga mereka.

Beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO memberitahu, satu pasukan peguam syarie boleh dibentuk bagi membantu isteri yang teraniaya akibat cinta suami beralih arah.
Menurutnya, terdapat peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam yang membolehkan seseorang itu didakwa kerana cuba memecahbelahkan perkahwinan orang lain.

Tambah beliau, tidak ramai wanita Melayu yang menyedari peruntukan itu dan pihaknya bersedia akan membantu mereka mendapatkan khidmat nasihat jika mereka berasa teraniaya apabila ditinggalkan suami ekoran gangguan pihak ketiga.

"Malah di bawah undang-undang sivil pun ada peruntukan ini, sebagai contoh kes model dan pengacara, Daphne Iking yang mana bekas suaminya menyaman seorang ahli perniagaan kerana memikat isterinya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kamilia berkata, kes-kes saman seumpama itu perlu dimulakan supaya masyarakat dapat disedarkan bahawa adalah suatu kesalahan meruntuhkan ikatan pasangan yang berkahwin.

Justeru, tegas beliau, pihak ketiga yang menjadi punca penceraian itu perlu diheret ke 
mahkamah dan disaman kerana menyebabkan seseorang isteri yang enggan bercerai tetap diceraikan oleh suaminya.

Sementara itu, mengulas mengenai trend penceraian terutama dalam tempoh 10 tahun pertama perkahwinan, Kamilia mencadangkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri agar menganjurkan kursus untuk pasangan yang sudah berkahwin untuk tempoh setiap lima tahun.

"Janganlah semasa hendak berkahwin saja kita adakan kursus, sebab dalam tempoh lima tahun perkahwinan, 10 tahun, 15 tahun, 20 tahun dan seterusnya ada ujiannya yang tersendiri.

"Dengan cara ini, saya percaya banyak perkahwinan yang dapat diselamatkan kerana mereka akan mendapat bimbingan dan khidmat nasihat daripada pakar-pakar yang arif tentang asam garam rumah tangga," katanya.

Selain itu, kata Kamilia, pasangan suami isteri perlu bijak menggunakan Internet tanpa menjadikan laman sosial seperti Facebook untuk meluahkan perasaan terhadap kekurangan pasangan masing-masing kepada orang lain.

"Jika seorang isteri menceritakan keburukan suaminya kepada lelaki lain dan lelaki itu mengambil kesempatan menggoda dia, sudah tentu akan berlaku masalah dalam perkahwinan mereka, begitu juga sebaliknya," katanya.

Sumber : Utusan






49 comments:

Anonymous said...

Kalau dah suami orang tu sendiri yang dgn rela hati mengatal jugak apa kes.? Tak kan nak salahkan satu pihak je,ye tak.Kdg2 para isteri x sedar ksilapan sdri n soal cinta tu kan urusan Allah..knp nk mrh2 klu Allah kurniakn perasaan cinta suami pada prempuan lain.

Anonymous said...

ok kalau si suami yg menggatal....tapi kalau sang isteri pulak yg xnak dgr ckp suami dan lebih percaye ckp orang luar dan sanggup sewa bilik dirumah kawan2 si isteri mcm mana pulak.....jawab jangan tak jawab....patut ke si suami menfailkan saman kepada sahabat si isteri kerana jauhkan hubungan suami isteri atau menghasut si isteri duduk berasingan dengan suami....

Arni Masdi said...

Kalau suami nak menggatal pun buat la cara islam...poligami dibenarkan dengan syarat tidak mengganggu rumahtangga sedia ada...kalau bercinta lama2 memang lah akan menimbulkan masalah...kalau ada bukti kukuh yg suami ni menggatal dan ada kekasih hati isteri mana yg tahan hidup sebumbung dgn suami? jika ada kebenaran dr suami untuk isteri tinggal berasingan mengambil masa untuk bertenang takde masalah kot nak tinggal berasingan...sape suh suami buat hal...

Unknown said...

Mcm mna nak saman bapak mertua yg mengganggu rumah tangga menantu lelaki? Suka mencampuri urusan rumah tangga dan bermalam d rumah sy tanpa izin dr saya?

deknonaszharuddin said...

BOLEH KER SAYA SAMAN BEKAS ISTERI SUAMI SAYA..KERANA DIA KERAP MENGGANGGU SUAMI SAYA..SELALU MENGHANTAR SMS DENGAN PANGGILAN 'B' KEPADA SUAMI SAYA..DAN ADA JUGAK DIA UGUT SAYA..SELAMA SUAMI SAYA MASIH MENJADI BAPA KEPADA ANAKNYA,SELAGI TU SAYA XKAN MENANG..MASALAHNYA BKN KERANA SAYA DIORANG BERCERAI..LAGIPUN BEKAS ISTERI DIA YANG MTA CERAI DULU..SAYA KENAL SUAMI SAYA SELEPAS 6 BULAN DIORANG BERCERAI..SALAH SAYA JUGAK KER..DAN PULA TIDAK PERNAH SAYA MENGGANGGU HIDUP BEKAS ISTERI DIA..

~TeehA~ said...

ajukanlah permasalahan anda ni di saluran yg tepat..kpd org yg arif dlm bidangnya..inshaAllah akan mendapat jawapan yg diingini.. :)

Anonymous said...

Dh tau laki org kgn le layan... ko pun sama gatal

Anonymous said...

Ni suami jenis cari penyakit... tau pulak mrh bila ada jantan lain kacau iistri sndiri

azlan.shah said...

Boleh ke saya saman teman lelaki isteri saya walaupun saya belum bercerai. Isteri saya telah pun terlanjur beberapa kali dan saya tidak mahu menceraikan isteri saya kerana anak anak

azlan.shah said...

Boleh ke saya saman teman lelaki isteri saya walaupun saya belum bercerai. Isteri saya telah pun terlanjur beberapa kali dan saya tidak mahu menceraikan isteri saya kerana anak anak

rasnadiya said...

Astagfirullah....
Teruskan niat utk pngajaran pd lelaki itu...
Nauzubillahhiminzalik

Unknown said...

Suami sy selalu curang..tiap2 thn dia curang..sy masih lg bri peluang pd dia.. skrng rs percaya sy pd dia dah ilang..bln lps dia kantoi dgn sy..walau hnya msj wassup tp msj dia tu terlalu mesra smpai sy xbleh trima..sy amek kptsn nak tngalkan dia.. tp disebab kan anak sy xjd dan masih bg peluang..tp sy jd tekanan perasaan sbb sy masih ragu dgn dia...

Unknown said...

Istri saya curang,saya dah ajak pgi pjabat agama utk cerai cara baik2 saja..tapi dia enggan cerai,jga masih berhubung dgn org ketiga..saya pun tak tahu nak buat apa lagi,saya cma kesiankan anak2 saya...

Unknown said...

Istri saya curang,saya dah ajak pgi pjabat agama utk cerai cara baik2 saja..tapi dia enggan cerai,jga masih berhubung dgn org ketiga..saya pun tak tahu nak buat apa lagi,saya cma kesiankan anak2 saya...

Unknown said...

Assalammualaikum...
Boleh ke klu sy saman suami sy jika suami sy Ade hubungn dgn org lain..bukti2 semua dh Ade..
Apa yg ptt sy boleh buat...

Unknown said...

Assalammualaikum...
Boleh ke klu sy saman suami sy jika suami sy Ade hubungn dgn org lain..bukti2 semua dh Ade..
Apa yg ptt sy boleh buat...

Nor said...

Mcm mane nk kumpul bukti ye..org ke 3 adlh mak mentua sy.mcm2 da rasanye..sy xde pilihn mengikut suami tinggal dgn die.akn tetapi...die seolah2 melagakn sy dn suami.ape yg sy ckp die smpaikn kat suami sy tp dgn mksud yg negatif.mmg ape yg sy buat sume xkena la.siap cite buruk sy dgn menantu die yg lain.Blm g kes die fitnah mak sy sndri...mak sy xckp pape tp die cite ngn ank die(suami sy)mak sy ni ungkit mcm2..allahu..
Kami brgaduh Bsar..

Nor said...

Mcm mane nk kumpul bukti ye..org ke 3 adlh mak mentua sy.mcm2 da rasanye..sy xde pilihn mengikut suami tinggal dgn die.akn tetapi...die seolah2 melagakn sy dn suami.ape yg sy ckp die smpaikn kat suami sy tp dgn mksud yg negatif.mmg ape yg sy buat sume xkena la.siap cite buruk sy dgn menantu die yg lain.Blm g kes die fitnah mak sy sndri...mak sy xckp pape tp die cite ngn ank die(suami sy)mak sy ni ungkit mcm2..allahu..
Kami brgaduh Bsar..

Unknown said...

kau potong je kote laki yg gatal tue ksi hanjing mkn..

Unknown said...

kau potong je kote laki yg gatal tue ksi hanjing mkn..

Unknown said...

Apa patut saya lakukan sabitan orang 3 shingga berlakunya p'ceraian & anak2 saya sampaikan x sekolah..

Unknown said...

Apa patut saya lakukan sabitan orang 3 shingga berlakunya p'ceraian & anak2 saya sampaikan x sekolah..

Unknown said...

Assalamulaikum. Blhkah saya menyaman pihak ketiga yg bukan warganegara Malaysia.beliau tinggal di luar negara.terimakasih

Noname said...

salam,

mohon kepada semua yang mempunyai pertanyaan berkaitan dengan persoalan2 di atas menghubungi pihak Jabatan Agama Islam negeri masing2 atau Mahkamah Syariah negeri masing2. Insyallah pihak kami akan membantu. Terima kasih.

Boleh rujuk disini:

Enakmen undang-undang syariah:

http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/Federal_Original.nsf/b3ac9c218c8efdc4482568310022d8b3/3734ed672e1938574825707c0004ad82?OpenDocument

Unknown said...

Saya dan suami i orang cina, tapi pihak ketiga tu gadis melayu boleh ke i saman kat dia cuba merosakkan rumah tangga i? Sebab kerja di tempat yg sama , suami i cuba tak hirau dia, tapi dia kacau pula. Bukti bergambar dan skype tu semua i ada juga.
Adakah suami i akan didakwa juga?

Sari said...

Terima kasih.

JACINTA said...

X kira la...suami/isteri yg gatal. Alang2 dah sakit hati baik saman je...

JACINTA said...

X kira la...suami/isteri yg gatal. Alang2 dah sakit hati baik saman je...

Unknown said...

Kalau suami atau isteri tak mengatall xjadinya..

Unknown said...

Kalau suami atau isteri tak mengatall xjadinya..

Unknown said...

Sis link xboleh klik.mcm mana yer klu nak berhubung..

shiro said...

Bkn senang nak saman menyaman..akta yg ada perlu dipermdahkan bagi kes2 ganguan org ke3..macam2 alasan cakap susah nk saman padahal bukti semua dah ada..ini semua cakap kosong..majlis agama islam kena kaji semula perkara ni..sy ckp sb sya sdiri yg kena..merta tempat n negeri semua ckp susah nk setle..

Unknown said...

sabarlah wahai sahabat..walaupun di dunia terlepas tp di akhirat akan dibalas jugak...

Unknown said...

Btl la tu, akta tu buat kita rasa selamat.. Lega.. Tp proses pasti tak semudah yg di sangka, mybe akan buat org jd give up..sudah penumbuk jgk jalan dulu..

Unknown said...

Kalau wanita tu bukan islam mcm mana?

Unknown said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KY WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KY WITJAKSONO dengan senang hati KY WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor togel yang betul2 tembus atau uang gaib tanpa tumbal seperti saya,silahkan hubungi KY WITJAKSONO di: 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
KLIK=> TOGEL UANG GAIB TANPA TUMBAL

bule said...

pegang dalilnya: pihak ketiga yang merusakkan masjid orang terkena dosa takhbib,pihak ketiga itu bisa laki2 atau wanita yang mendekati istri orang lantas mempengaruhi tentang kebaikan laki2 lain pada istri orang tadi sehingga merusakkan hubungan suami istri sah.
negara boleh menerbitkan aturan tentang Takhbib ini,karena memang sesuai syariah agama.
secara lazim yang terjadi jika LAKI2 lain menghasut istri orang sehingga merusakkan perkahwinan,perbuatan itu TAkhbib,apatah jika perempuan lain yg menghasut istri orang,dengan tujuan ingin memiliki suaminya juga tergolong Takhbib?

Sepah terbuang said...

Saya baru setahun bercerai setelah 30 tahun berkahwin dengan dikurniakan 5 anak dan dua org cucu...dan ketika sya diusia emas (59 thun 6 bulan).
3 org anak telah berjaya hingga mendpt ijazah dan telah bekerja dgn gaji yg lumayan...tiba2 slps raya haji 2015 sya terkejut bila isteri bersama dua ank perempuan mohon dilepaskan....sya pula bekerj didaerah lain dan blik seminggu sekali.
Pada hari itu mmg semua berkumpul melainkan ank kedua yg sdg menjalani kursus penguasa kastam dimelaka...terjadi pertengkaran kerana sya ingin tahu sebabnya.
Apbila sya meminta ank2 keluar dari bilik utk berbincang antara kami berdua tiba2 menantu menjerit mengarahkan jangan ditutup pintu bilik....saya tak memperdulikan jeritannya dan lagnsung tutup pintu....pintu bilik saya ditendang sekuat2 hatinya dan saya terus buka pintu lalu saya diterkam ditumbuk dan ditendang...Allah melindungi saya kerana satu pun tidak tepat kesasaran...dia cabar saya utk tumbuk dia...saya tidak megikut hati yg marah...tapi saya termenung didlm bilik bersaorangan dan banyak beristighfar....besoknya sya buat laporan polis dan pihak polis ingin menangkap menantu saya....tapi saya halang (isteri dan ank2 tidak tahu sebabnya)....Saya sbgai ayah, naluri sya berbeza..ketika itu ank saya (isterinya) baru melahirkan ank kedua...sya tak smpai hati cuma sya mendoakan dia cpt insaf...hingga sekarang sdh setahun menantu tak pernah jumpa saya apatah lagi memohon maaf.
Dan sya telah mendpt seorang peguam utk bertindak dlm kes menantu (sivil) serta seorng peguam syarie bgi kes menghasut (3 ank perempuan)...

Sepah terbuang said...

Persoalan diatas:
1) Bolehkah tindakan diambil setelah setahun berlaku (ada laporan polis)
2) Pertanyaan tambahan...sesaorang yg pernah membuat pengakuan kpd suaminya 20 tahun lalu bolehkah diambil tindakan lagi (pengakuan berzina ketika setelah berkahwin).

Unknown said...

Mcm mne kes awak sekarang azlan shah.. sbb sy pn ada masalah yg sama..

Unknown said...

Assalamualaikum klau bab untuk saman pihak ketiga, biar saja Kuasa Allah ada kan, Allah melihat malaikat mencatatkan perbuatan kita selama ini, di dunia mereka senang di Akhirat Muflis

Unknown said...

Assalamualaikum klau bab untuk saman pihak ketiga, biar saja Kuasa Allah ada kan, Allah melihat malaikat mencatatkan perbuatan kita selama ini, di dunia mereka senang di Akhirat Muflis

Unknown said...

Bagai mana cara mahu samam pihak ketiga yang memjadi punca penceraian ini

arab said...

semua nya cerita isu isteri teraniaya. nak saman orang ketiga. semua peguam peguam syarie nak menolong.. adil kah ini...

kalau isteri pula buat hal. si suami pergi kerja dan berniaga tinggal sebulan. isteri pasang jantan lain. selepas itu isteri terus ke mahkamah syariah mohoj cerai di bawah seksyen 47. suami berjaya merakam video dan gambar isteri bersama dengan lelaki lain. bila pergi jumpa pejabat agama. mudahnya mereka kata. isteri dah minta cerai lepas kan lah. pergi jumpa peguam syarie.pun jawapan yang sama . lepas kan laa dah isteri minta cerai.. tak ada sesiapa pun yang datang nak jumpa berbincang bagaimana caranya nya . suami rasa teraniaya... kalau lah dah ada bukti. si suami boleh bawa ke pej agama untuk saman pihak ketiga dan mertua. kerana merelakan anak nya berpasangan dengan jantan lain. sila nasihat kan saya bagaimana nak buaf

Unknown said...

Ade sorang pegawai navy ni die sering menggoda isteri saya dengan membeli macam2 barag,bagi duit beli makanan dah hampir 2taun die buat macam tu,sekarang die dh start sihir isteri saya sampai isteri saya dh takut nk pergi kerja,ape tindakan yang patut saya ambil

Unknown said...

Adakah hukum ini untuk org yg beragama muslim sahaja? Bagaimana kalau agama Christian yg mmerlukan tindakan ni? Adakah cara2 tersebut sama dngn cara org beragama Muslim? Perlu ke makamah syariha?

Unknown said...

Adakah hukum ini untuk org yg beragama muslim sahaja? Bagaimana kalau agama Christian yg mmerlukan tindakan ni? Adakah cara2 tersebut sama dngn cara org beragama Muslim? Perlu ke makamah syariha?

lady88 said...

Saman menyaman ni perlukn duit,klo cm kita ni mslh pon hadap je la...nk bka fail sja pon dh bpe,hurm...

Unknown said...

Bagaimana Pula utk yang bkn beragama Islam? Saya seorang rakyat Malaysia beragama Hindu menjadi mangsa kpd pihak ketiga iaitu kekasih lama isteri sy.
Kami sudah berumahtangga selama 1othn.
Sejak Dua thn lelaki itu dihubungkan oleh si kakak kandung sendiri. Hampir Dua bulan sy bersendirian Dan tidak jumpa dgn anak saya. Yang sulung umur 7thn than depan bersekolah rendah,tidak dihiraukan oleh bini i.Yng bongsu berusia 2thn 7bln yg terlalu manja dgn I....so kemana arah diri sy utk selamatkan keluarga tersayang. Tlng bgi cadangan utk say.terima kasih.

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...