23.2.12

Menyayat hati melihat banduan- banduan yang terperangkap dalam kebakaran

 Beginilah keadaan mayat banduan dalam tragedi kebakaran di penjara Honduras baru-baru ini.

1329368320193.jpg

1329367792047.jpg

1329366349796.jpg

1329366595324.jpg


COMAYAGUA - Seramai 350 banduan maut dalam kebakaran di penjara Honduras, Selasa lalu selepas gagal mencari jalan keluar dengan anggota keluarga mendakwa pihak berkuasa cuai dan sengaja mengakibatkan 'tragedi' itu.

Ada dakwaan mengatakan mangsa yang maut sengaja dibiarkan terkunci di penjara, malah ada yang ditembak oleh warden penjara apabila cuba melarikan diri.

Semalam, sewaktu mayat-mayat yang rentung itu dibawa keluar dari kompleks penjara, saudara-mara, mangsa yang terselamat dan pakar berkata, kecuaian warden dan kegagalan menegakkan keadilan menjadi punca kepada bencana itu apabila kebanyakan mangsa adalah masih belum disabitkan bersalah.

Seorang saksi, Rosendro Sanchez yang disabitkan kesalahan membunuh dan menjalani hukuman penjara 10 tahun berkata, dia menyaksikan sendiri bagaimana banduan menjerit meminta bantuan sedangkan warden penjara hanya membiarkan mereka terbakar dalam sel masing-masing.

“Peristiwa itu ibarat berada di neraka apabila melihat orang yang kita kenali dibakar hidup-hidup.

“Malah pihak bomba hanya sampai lebih setengah jam selepas kebakaran bermula,” katanya dipetik laporan Reuters. - 


Sementara itu, Pengarah Risikan Polis Honduras, Elder Madrid berkata, kebakaran berlaku di blok enam membabitkan dua banduan yang bergaduh merebut tilam dan salah seorang daripadanya mula menghidupkan api.

Namun, ahli keluarga mangsa mendakwa, pihak kerajaan cuai ataupun sengaja merancang kejadian itu.

Dalam pada itu, sebahagian daripada 852 banduan di penjara itu 
berjaya meloloskan diri melalui bumbung penjara.

dipetik dari sinar harian

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...