Berikut merupakan 15 penyakit ganjil di dunia yang yang telah dikongsikan dalam Odd Stuff Magazine.com. Penerangan ringkas setiap penyakit telah ditambah untuk memudahkan pemahaman pembaca.
1. PROGERIA
Satu keadaan tidak normal luar biasa dengan tanda-tanda seperti penuaan lebih awal (uban, kulit berkedut dan keadaan membongkok) pada seorang kanak-kanak.
2. TREE BARK SKIN DISORDER
Penyakit pada kulit manusia yang menyerupai kulit pokok kayu.
3. LION FACE SYNDROME
Leontiasis Ossea juga dikenali sebagai leontiasis atau muka singa adalah satu keadaan perubatan yang jarang berlaku. Dicirikan oleh pertumbuhan tulang muka dan tengkorak yang terlalu cepat.
4. PORPHYRIA - THE VAMPIRE DISEASE
Porphyria adalah penyakit yang jarang berlaku diturunkan melalui keluarga, di mana satu bahagian penting hemoglobin dipanggil heme, tidak dihasilkan dengan betul. Heme juga ditemui di myoglobin, protein yang terdapat dalam otot tertentu.
5. WEREWOLF SYNDROME
Hypertrichosis (juga dikenali sebagai Ambras Syndrome) adalah jumlah pertumbuhan rambut pada badan yang tidak normal. Dalam banyak kes hypertrichosis, ia telah digelar secara tidak rasmi sebagai Werewolf Syndrome. Terdapat dua jenis hypertrichosis: generalized hypertrichosis, yang berlaku di seluruh badan dan localized hypertrichosis, yang terhad kepada kawasan tertentu. Hypertrichosis boleh terjadi sama ada kongenital (hadir pada masa kelahiran) atau yang diperoleh di kemudian hari.
6. PROTEUS SYNDROME
Proteus Syndrome adalah satu keadaan yang jarang berlaku yang juga boleh dikategorikan sebagai gangguan hamartomatous. Ia adalah satu penyakit yang kompleks dengan penglibatan pelbagai sistem dan kebolehubahan klinikal yang hebat. Keadaan ini dicirikan oleh pelbagai luka kulit dan subcutaneous (di bawah kulit), termasuk kecacatan vaskular, lipomas, hyperpigmentation (keadaan kulit lebih gelap) dan beberapa jenis tanda lahir/tahi lalat.
7. NEUROFIBROMATOSIS
Kumpulan gangguan yang diwarisi di mana tumor bukan kanser tumbuh di beberapa saraf yang mungkin termasuk saraf pendengaran.
8. POLYDACTYLISM
Polydactylism atau mempunyai satu atau lebih jari tangan atau kaki, mungkin kelainan yang paling biasa ditemui ketika lahir. Polydactylism dilaporkan dalam kira-kira 2 setiap 1000 kanak-kanak. Insiden sebenar mungkin lebih tinggi kerana kes-kes kecil tidak selalu dilaporkan. Walaupun polydactylism boleh dilihat bersama-sama dengan kecacatan kelahiran lain, majoriti kes-kes tidak dikaitkan dengan apa-apa keabnormalan fizikal yang lain.
9. ELEPHANTIASIS
Elephantiasis atau penyakit untut adalah penyakit yang dicirikan dengan penebalan kulit dan tisu asas, terutamanya di bahagian kaki dan alat kelamin lelaki. Dalam beberapa kes, penyakit ini boleh menyebabkan bahagian badan yang tertentu, seperti skrotum, membengkak dengan saiz bola lisut atau bola keranjang. Penyakit ini banyak berlaku di Asia dan Afrika.
10. ARGYRIA
Argyria adalah keadaan yang disebabkan oleh pendedahan yang tidak wajar kepada bentuk kimia unsur perak, habuk perak, atau sebatian perak. Gejala argyria yang paling jelas ialah kulit menjadi biru atau berwarna biru kekelabuan. Argyria boleh dibahagikan kepada generalized argyria (seluruh bahagian) atau localized argyria (bahagian-bahagain tertentu sahaja). Argyrosis adalah keadaan yang berkaitan dengan mata.
11. TRICHOTILLOMANIA
Trichotillomania ialah keguguran rambut daripada tindakan berulang kali menarik atau memintal rambut sehingga ia putus. Pesakit tidak dapat menghentikan tingkah laku ini walaupun rambut mereka menjadi semakin nipis.
12. CUSHING SYNDROME
Cushing Syndrome adalah gangguan yang berlaku apabila badan anda terdedah kepada tahap hormon kortisol yang tinggi. Ia juga boleh berlaku jika anda mengambil terlalu banyak kortisol atau lain-lain hormon steroid.
13. NECROTISING FASCIITIS
Necrotizing Fasciitis biasanya dikenali sebagai 'penyakit makan daging' atau 'sindrom bakteria makan daging'. Ia adalah satu jangkitan dalam lapisan kulit dan tisu subcutaneous.
14. FIBRODISPLASIA OSSIFICANS PROGRESSIVA
Fibrodysplasia Ossificans Progressiva adalah satu gangguan di mana tisu otot dan tisu perantara seperti tendon dan ligamen secara beransur-ansur digantikan dengan tulang (ossified), membentuk tulang di luar tulang rangka (tulang rangka tambahan atau tulang heterotopic) yang mengekang pergerakan. Proses ini biasanya menjadi ketara semasa zaman kanak-kanak, bermula dengan leher dan bahu dan berterusan ke bahagian bawah badan yang lain.
Dan yang terakhir...Sepatutnya penyakit ini tersenarai bersama penyakit-penyakit lain di atas tetapi lain penerangan yang ditemui.
15. LAMPREY DISEASE
There Is No Such Disease!
It is not a real disease; a lamprey is a water-bound parasite that latches on to fishes. The picture on the Internet - with a guy who has a mouth as his eye - is actually just a lamprey's mouth Photoshopped into his eye socket.
inilah binatang lamprey tuh. |
No comments:
Post a Comment