Memang sikap lelaki tidak suka menunjukkan sikapnya secara terang lebih-lebih lagi bersifat peribadi. Walaupun tidak mengungkapkan kata “I love you”, “kaulah kekasihku”, “Oh…my soulmate”, atau “You know how much I love you…” dan sebagainya, cinta mereka tetap ada pada anda. Ada beberapa tanda memberi maksud “Aku cinta pada mu” yang mungkin anda tidak perasan. Berikut antaranya:
TQ to Rusydee Artz |
1) Pandangan mata
Mata tidak hanya untuk memandang tetapi berfungsi sebagai penyampai maksud dan pesanan yang jujur. Lihat pada mata pasangan. Jika dia pandang terus kepada anda dan tidak terganggu dengan keadaan sekeliling bermakna anda adalah seorang yang bererti baginya.
2) Ingat makanan kegemaran anda
Mengingati makanan kegemaran anda adalah slah satu tanda cinta yang selama ini dipendamnya. Misalnya, anda gemar kek pisang. Si dia terlihat orang menjual kek pisang ketika pulang dari pejabat dan terus membelinya untuk diberikan kepada anda. Tidak salah lagi itulah cara dia menunjukkan perhatian.
3) Berbicara tentang masa depan
Si dia senang duduk berbincang dengan anda tentang masa akan datang. Mungkin soal rumah, kedudukan kewangan, hal anak-anak dan sebagainya. Jika ini tingkah laku yang ditunjukkan oleh suami bermakna dia ingin bersama anda selama-lamanya.
4) Menghargai hadiah anda
Dari dahulu hingga sekarang si dia tetap setia dengan dompet yang anda hadiahkan. Tidak pernah dia memilih dompet lain walaupun keadaan dompet pemberian anda itu kelihatan begitu ‘uzur’. Inilah tanda terima kasih dan sayang kepada anda.
5) Selalu di sisi
5) Selalu di sisi
Ketika keluar berjalan-jalan, dia lebih senang berada dekat dengan anda. Bak pengawal keselamatan anda sentiasa dijaga. Ha… kini anda mulai sedar ya!
6) Lakukan bersama-sama
Si dia enggan keluar jika anda tidak ikut sekali. Si dia juga merayu supaya anda keluar dengannya, jika tidak dia tak berpeluang untuk keluar bersosial.
7) Rahsia
Pasangan tidak pernah berahsia tentang semua perkara sepanjang bergelar suami isteri. Apa sahaja cerita yang berlaku sama ada di pejabat, rumah dan sebagainya dikongsi bersama. Dan kisah anda berdua pula tidak diceritakan kepada orang lain. Inilah dikatakan cinta.
8 ) Rela menjemput
Anda berada dalam keadaan terdesak ketika pulang sendiri ke rumah dari pejabat. Dan suami anda tidak berlengah dan setuju untuk datang jadi penyelamat. Sikap si dia ini sebenarnya memberi tahu yang dia begitu ambil berat dan sayangkan anda.
Sumber: http://intim.wordpress.com/
ps: masa merayap2 td terjumpa la artikel nih. Memula baca mcm wow.... betul la. Beruntungnya la isteri yang dapat suami macam tu kan.....indahnya dunia....terasa suami milik kita selamanya.....ahaksss.
tapi percayalah....realitinya tak sama. Ramai je suami yang baik, yang penyayang, yang romantis, yang bertanggung-jawab tapi akan cair juga dengan godaan wanita lain di belakang isteri. Ada juga suami yang paling baik di mata isteri tapi akhirnya terbongkar mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.
Apa yang paling baik bukan suami yang romantis yang selalu panggil sayang.... tapi yang paling bertuah ialah suami yang beriman, yang dapat membimbing isteri dan keluarga ke jalan yang di redhai Allah swt..... mempunyai satu matlamat ingin membawa isteri dan keluarganya ke satu tempat yakni syurga.

No comments:
Post a Comment