Pelajar Tingkatan 2 Ugut Bunuh Ustazah - Baca!

By
Advertisement

Kuala Lumpur: Mereka bukan saja memberi amaran kepada ustazah yang mengajar di sekolah supaya jangan campur tangan, malah turut mengugut mahu membunuh wanita berkenaan selepas ditegur kerana melakar tatu di tangan, selain membuat bising di dalam kelas.

Itulah sikap samseng dan kurang ajar dua pelajar lelaki tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di ibu kota, sekali gus menyebabkan pihak pengurusan sekolah terpaksa membuat laporan polis ke atas mereka, kelmarin. Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 12 tengah hari, ustazah berusia 28 tahun itu pada mulanya menegur kedua-dua pelajar terbabit kerana membuat bising dan mengganggu pembelajaran.

“Teguran ustazah itu mengundang rasa marah dua pelajar terbabit sebelum seorang daripada mereka memarahinya. Berikutan itu, ustazah berkenaan menghampiri seorang daripada pelajar itu sebelum terkejut apabila mendapati ada tatu pada tangannya.
“Ustazah itu memeriksa tangan seorang lagi pelajar dan mendapati dia juga menemui tatu sama di tangan,” katanya.

Menurutnya, ustazah terbabit menegur kedua-dua pelajar berusia 14 tahun itu dengan memberitahu perbuatan mereka salah mengikut ajaran Islam serta peraturan sekolah.

Teguran ustazah itu menyebabkan pelajar terbabit bertambah berang lalu memarahinya serta memberi amaran supaya jangan masuk campur urusan mereka.
“Malah, seorang daripada pelajar terbabit turut mengugut mahu membunuh wanita itu sekiranya terus campur tangan dalam urusan mereka,” katanya.

Menurutnya, menyedari kedua-dua pelajarnya itu sukar dikawal, ustazah terbabit kemudian menghubungi guru disiplin bagi mendapatkan bantuan.
Sumber itu berkata, kedua-dua suspek dibawa ke pejabat sekolah sebelum ustazah terbabit membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini.

“Dalam laporannya, pengadu mendakwa dua pelajar berkenaan menganggotai kumpulan samseng di luar sekolah dan siasatan awal polis juga mendapati seorang daripada mereka pernah disiasat kerana melakukan kesalahan jenayah,” katanya.
hmetro
gambar hiasan ihsan google

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

3 comments:

Amirul Ramli said...

Baru tingkatan 2 tu.. cabaran yang besar buat ibu bapa masa kini nak jaga anak masing2. Macam mane pon kalau nilai agama di titik beratkan mesti semuanya lebih mudah untuk kita. :-)

otaklunyai said...

hasil islam had hari... dah main tatoo2 plak... tu yg melayu2 yg banggang tu, bila nak kawin yg si betina dok sibuk lukis2 corak guna inai, bila ulama muktabar tegur tak mau ikut... nak ikut iblis jugak... melayuuuu... melayu... ni konpom puak2 amgok laknatullah...

Ratu Hatiku said...

Budak2 skrg x sama mcm kita skolah dulu. Zaman skrg cikgu yg takut dgn murid..Apa nak jadilah agaknya..Mintak dijauhkan dr anak cucu kita..Amin

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.