'Kejam, tidak berperikemanusiaan' itulah gambaran pencerobohan Sabah

By
Advertisement


SEMPORNA - Kejam dan tidak berperikemanusiaan!

Itulah perkataan yang kami luahkan ketika meninjau lokasi yang mengorbankan enam wira negara di perkampungan air, Lorong 5, Kampung Simunul di sini, semalam.

Seminggu selepas kejadian, kesan darah, otak bersepai dan bekas tembakan masih jelas kelihatan umpama baru berlaku dalam tempoh 24 jam.

Kami mula masuk ke kampung terbabit, kira-kira jam 2 petang, ditemani Ketua Kampung, Ramlee Saraman, 56, dengan perasaan yang bercampur baur.

Kami melalui titi kayu usang sejauh 200 meter menuju ke lokasi serangan hendap kumpulan penceroboh bersenjata Sulu. Tidak dapat kami bayangkan suasana getir anggota polis ketika itu apabila diserang hendap oleh militan Sulu dari belakang.

Awalnya, kami menyusuri titi yang memuatkan seorang individu dan kami dapat membayangkan bagaimana keadaan sepasukan polis bergerak secara berkumpulan ditambah dalam keadaan gelap sebelum serangan hendap, kira-kira jam 7 malam.

Ramlee berkata, ketika dia berada di dalam pejabat ketua kampung dan mendengar bunyi tembakan berterusan dalam tempoh 30 minit.

Di persimpangan titi masih kelihatan kesan titisan darah wira negara, yang membawa maksud mereka lari menyelamatkan diri dan cuba berselindung daripada tembakan militan itu.
Kejam, tidak berperikemanusiaan
Ramlee menunjukkan laluan yang digunakan polis sebelum kejadian serangan hendap.
Kemudiannya kami melihat dua kesan tembakan, mungkin dilepaskan oleh penceroboh dari arah depan dan belakang.

Melalui penerangan daripada Ramlee, penceroboh menyerang dari rumah di hadapan dan belakang ketika wira negara melalui titi tersebut.

Timbul persoalan, adakah polis diperangkap? Selepas serangan itu, melalui kesan tompokan darah, ada wira negara melarikan diri masuk ke rumah penduduk.

Dari situ mereka membuat tindakan pantas membuat serangan balas terhadap penceroboh. Kami juga ditunjukkan sebuah rumah, iaitu lokasi penemuan mayat Superintendan Ibrahim Lebar. Di situ kami sedekahkan surah Al-Fatihah kepada wira negara yang terkorban.

Tambah menyedihkan ketika Ramlee membawa kami ke sebuah rumah yang menyebabkan kami tidak mampu mengungkapkan sebarang perkataan lagi.

Di situ kami temui lencana polis yang tercabut dari uniform umpama gugurnya wira negara di medan perang. Berhampiran lencana itu ada kesan darah mengalir dan cebisan otak perajurit negara.

Kami difahamkan Ramlee, di situ tempat seorang anggota polis dibunuh kejam, namun kami tidak dapat memberitahu bentuk kekejaman tersebut bagi menghormati keluarga mangsa.

Lokasi tersebut ditinggalkan dengan pertanyaan, apakah penceroboh tidak mempunyai sedikit sifat perikemanusiaan walaupun terhadap mayat yang telah berjaya ditembak mereka?

Kami seterusnya menyusuri laluan yang juga mempunyai kesan darah. Tidak dapat dipastikan adakah itu darah wira kita atau  penceroboh. Ada juga kesan darah pada bekas makanan berhampiran lokasi yang membunuh seorang penceroboh.

Mayat itu ditemui terapung di air dan Ramlee memberitahu, dia dan penduduk kampung terpaksa menguruskan mayat tersebut kerana tidak tahan bau busuk selepas mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Selain Ibrahim, wira negara yang terkorban adalah Deputi Superintendan Micheal Padel, Sarjan Mejar Baharin Hamit, Sarjan Mejar Abd Azis Sarikon, Sarjan Salam Togiran dan Koperal Azrul Tukiran.

Selepas hampir sejam di lokasi serangan tersebut, kami terpaksa meninggalkan kawasan itu atas nasihat Ramlee.

Dia menjelaskan keluarga suspek yang ditahan dilihat tidak senang dengan kehadiran kami.

Bimbang akan keselamatan dan atas nasihat yang diberikan, kami meninggalkan lokasi itu dengan segera.

Biarpun hanya meluangkan sedikit masa di situ, kami dapat membayangkan perit getir yang dilalui oleh pejuang negara dalam memartabatkan kedaulatan tanah air. SH


Sebenarnya gambar-gambar ini telah disiarkan dalam Utusan Malaysia.

Namun kami ingin anda melihat kembali gambar-gambar ini, bukan kerana hendak mengaibkan, tetapi hendak menunjukkan betapa kejam dan tidak berperikemanusiaannya bangsat yang bernama penceroboh Sulu ini.

Mereka bukan main lagi melaungkan kalimah Allahu Akbar, mengadakan solat hajat di tempat mereka, memohon pada Allah akan kemenangan di pihak mereka, sebaliknya dalam realiti, mereka adalah SYAITAN DAN IBLIS !

Mereka seksa anggota polis kita, mereka robek tubuh pegawai dan anggota yang tak bersalah ini…sampai satu peringkat, mereka PENGGAL KEPALA pegawai pasukan keselamatan kita hanya disebabkan ingin mendapatkan kembali tanah yang didakwa milik nenek moyang mereka.

Mereka sengaja menggunakan nama Islam dalam perjuangan mereka dengan harapan ia mendapat simpati daripada penganut agama yang suci ini.

Tetapi mereka lupa keindahan dan apa yang terkandung dalam agama berkenaan.

Dalam ajaran Islam, kita sama sekali tidak boleh merosak segala rumah-rumah, kawasan pertanian atau mana-mana hak termasuk membakar apa yang tidak patut.

Nabi Muhammad s.a.w sendiri amat menghormati utusan musuhnya.

"Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangimu (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas" (Al-Baqarah : 190)

Islam menetapkan etika peperangan tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah atau kafir zimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam.

Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh, antaranya ialah seperti tentera Islam tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang sudah terbunuh.

Dalam Islam, tawanan perang mesti dilayan dengan baik.

Ia merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Rasulullah.

Dalam Perang Badar, Baginda menggunakan kaedah diplomasi, iaitu tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan serta sejumlah wang tertentu.

Mana-mana tawanan perang kafir Quraisy yang dapat mengajarkan 10 orang kanak-kanak Islam membaca dan menulis akan dibebaskan tanpa syarat.

Cara pengagihan harta rampasan perang. Harta-harta yang diperolehi melalui perang bukan dibolot oleh Rasulullah sebaliknya diagihkan secara sama rata di kalangan para pejuang.

Selepas kewujudan Baitulmal, harta-harta berkenaan diuruskan dengan lebih baik dan digunakan untuk pembangunan negara khususnya pada zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab.

Jelas, dengan apa yang dilakukan oleh penceroboh Sulu ini, ternyata mereka bukan berperang atas nama Islam, tetapi kerana kerakusan dan ketamakan kuasa semata-mata.

Semoga Allah membalas kekejaman tentera penceroboh Sulu ini dengan kemenangan ke atas pasukan keselamatan kita, Insha Allah.

Allahu Akbar! -Mynewshub.my




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

2 comments:

alba said...

Aku tak fikir mereka ini bergama Islam atau menganuti apa-apa agama....

Ratu Hatiku said...

Ya Allah....ksiannya..smpai mcmtu sekali mereka buat. Kalau Islam dah tentu xkan buat mcmni pada saudara Islam sendiri. memang zalim! Semoga roh mereka semua dicucuri rahmat. Amin

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.