Bertukar Status Kepada Glitterati Semula

By
Advertisement
Alhamdulillah...akhirnya status nuffnang saya sudah bertukar kembali dari biasa kepada glitterati. Suke...suke! Selama berapa tahun saya hanya jadi ahli biasa dan saya hanya menelan air liur membaca n3 dari blog yang berstatus glitterati. Apalagi bila mereka menayang hasil pendapatan dari iklan...gulp!!! Wahhh...ek korang ye..... benci sungguh saya bila nuffang pilih kasih macam tu. Apalah salah dan dosa blog saya hingga mereka menceraikan saya ... hukhuk.  Nak kata blog saya tak laku total pageview blog dah lebih 2 juta.



Suatu hari dalam minggu lepas saya dengan bersungguh-sungguh mencari sebab musabab kenapa saya dianaktirikan. Oh... bukan saya seorang je yg terkena rupanya. Ada juga yg jadi mangsa seperi saya. Tanpa putus saya saya buka lagi nuffnang saya dan dan kali ini saya mula mendelete blog-blog lain yg ada dalam senarai. Ada 2 blog yg saya delete.... dua blog yg berlainan email. (ni angkara kurang kefahaman la ni...hehe). Nasib baik berjaya delete sebab masih ingat email dan password yang diguna..... kalau tidak memang tiada maaf bagi mu la jawabnya.

Tak sangka..... esoknya bila saya periksa status saya dah berTUKAR!!! Yehaaaa.......

Jadi korang2 yang ada masalah status glitterati tu boleh la periksa apa yang patut ye.... semoga berjaya!



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

6 comments:

Samsudin Jidin said...

Assalam, mohon dapatkan pencerahan lanjut tentang perkara ini. Mohon juga dapat bertukar-tukar blogslist. mybabah.blogspot.com

Amy said...

Kayo Pakcik!!! Kayo Pakcik!!! Kayo Pakcik!!! dak gitu...hik...hik..hik...

Aiyang disayang said...

blog tuan sudah dipautkan.....

Aiyang disayang said...

harap2 la begitu...wakakaka

Mia Liana said...

tahniahhhh ya... wahhh akan lebih masyukkk la lepas ni...

Aiyang disayang said...

mudah2an... masih byk lagi yg perlu dipelajari untuk berjaya sepertimana mia liana

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.