Berjiran dengan suluk - tolong doakan saya!

By
Advertisement
Assalamualaikum

Hai hati tak hilang lagi debar nih
Semalam jiran saya beritahu jiran depan rumah saya tu orang suluk.... orang felda sahabat 17.
Saya  memang tak kenal jiran saya tu.... sebab dia lelaki bujang. Tinggal pun sendirian sahaja. Kadang-kadang je saya nampak ada kawan-kawan dia yg datang. Yang saya tahu dia orang Sabah. Tapi bila jiran saya yang lain juga dari Sabah beritahu yang jiran depan saya orang suluk terus hati saya tak tenteram.
Jiran saya yg bujang itu seorang anggota polis. Cawangan apa tak tau pula saya. Doa saya janganlah dia hilang akal dan merusuh depan rumah saya ni almaklumlah sekarang sedang hangat isu di kampung diakan. Mana tau ada sedara -mara dia yang terkorban ke.... Ya Allah jadikan lah jiran depan saya ni orang yang kuat iman. Kawan-kawan tolong doakan saya dan keluarga selamat ye....:) dan doakan agar jiran saya tua spesis suluk yang beriman :).

* banyak persoalan yang bermain diminda..............

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

3 comments:

Ridzuan said...

hati2 insyaallah tak berlaku apa2..

cerita aku said...

Ustaz yang mengajar ngaji anak-anak saya juga adalah orang Sulu.
Saya tidak langsung berwasangka terhadap beliau. Beliau juga menegaskan bahawa keamanan adalah lebih utama. Beliau datang ke Johor untuk menjadi tahfiz.

Inysallah, semoga tiada apa-apa yang buruk akan berlaku.

Al-Fatihah untuk wira yang gugur di medan pertempuran.

THE LEKAT LEKIT STORY said...

Insya Allah takde apa2.. semoga Allah lindungi semua di sana. Semoga cepat berakhir isu pencerobohan & perang dengan pengganas sulu di sana..

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.