Pasti agak mengejutkan bukan? Pasti ramai yang terkejut dengan kisah wanita ini yang pernah bersuamikan seramai 12 orang lelaki.
Rusipah Wanita Bersuami 12, kisahnya pasti agak mengejutkan, seorang wanita dari Desa Cisumur, Kecamatan Gandrungmangu, Kabupaten Cilacap, Jawa Tengah pernah bersuami 12 orang lelaki dan mempunyai 4 orang anak.
Hanya kerana tiada keserasian, Rusipah mendakwa semuanya bercerai semasa suaminya masih hidup. Pernikahan Rusipah yang pertama adalah ketika dia berumur 8 tahun. Satu usia pernikahan yang agak mengejutkan bagi kita di Malaysia.
Setelah bercerai dalam pernikahan pertama yang hanya berusia 6 bulan, Rusipah kembali dinikahkan oleh ibubapanya dengan seorang lelaki bernama Marijo 18 tahun dari desa tetangga, bagaimanapun usia pernikahan ini hanya bertahan beberapa hari sahaja.
Untuk pengetahuan, usia pernikahan beliau yang paling singkat hanya berumur hanya beberapa hari sahaja, manakala yang paling lama sekitar 5 tahun sahaja. Mungkin atas kongkongan orang tua, pernikahan beliau yang berusia 5 tahun itu juga terpaksa diceraikan semata-mata mengikut kehendak orang tuanya. Beliau juga mendakwa, 3 atau 4 kali beliau bernikah atas desakan dan arahan orang tuanya.
Paling terharu kerana Rusipah mendakwa hanya sekali sahaja dia benar-benar jatuh cinta dari kalangan 12 lelaki yang pernah dinikahinya itu.
Satu lagi, jangan terkejut kerana kebarangkalian beliau bernikah melebihi dari 12 orang suami itu ada kerana…
Bahkan kemungkinan pernikahannya lebih dari 12 kali, sebab dia lupa berapa kali menikah, ibu empat orang anak mengaku lupa berapa kali laki-laki yang pernah singgah di hatinya. “Yang saya ingat 12 (pria), bahkan mungkin lebih. Saya sendiri agak lupa berapa kali saya menikah,” ujarnya dengan polos.
No comments:
Post a Comment