Siswa Khalid Ismath didakwa telah ditanya soalan-soalan yang bersifat seksual apabila disoal siasat berhubung dakwaan dia telah menendang seorang anggota polis trafik semasa perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.
Khalid (tengah) telah ditanya soalan-soalan itu ketika ditahan selama 26 jam oleh pihak polis, sebelum seorang majistret menolak permintaan untuk menahan remannya, kata peguamnya Latheefa Koya hari ini.
"Dia telah ditanya mengapa menyertai BERSIH, dan sama ada di tahu BERSIH menyokong LGBT. Dia berkali-kali ditanya sama ada terlibat dalam LGBT dan sama ada dia suka melancap," kata Latheefa dalam satu sidang akhbar.
Khalid ditahan ketika dia secara sukarela pergi ke ibupejabat polis Kuala Lumpur Sabtu lalu untuk membantu siasatan polis berkaitan tuduhan terhadapnya itu. mk
No comments:
Post a Comment