18.5.12

REMAJA TRAUMA TERMAKAN SANDWICH JARI MANUSIA


Michigan – Seorang remaja melalui pengalaman yang tidak mungkin dilupakan seumur hidupnya iaitu makan sandwich jari manusia.
Insiden itu berlaku selepas Ryan Hart,14, dari Blackman Township sedang enak menikmati sandwich daging yang dibelinya di Restoran Arby apabila secara tiba-tiba dia merasakan ada benda terlekat di celah giginya.
Selepas merasakan dia sedang menguyah plastik, Ryan telah meluahkannya dan tanpa disangkanya benda tersebut adalah jari tangan sepanjang satu inci.
“Saya hampir termuntah melihat jari itu, ia amat menjijikkan,’’katanya.
Dalam pada itu, jurucakap Arby, John Gray memohon maaf kepada Ryan dan menyifatkan kejadian itu sebagai terpencil .
Jelasnya, kejadian itu berlaku selepas seorang kakitangannya, yang sedang memotong kepingan daging dengan menggunakan mesin telah terpotong jarinya sendiri.
Pekerja berkenaan kemudiannya terus meninggalkan restoran untuk ke hospital tanpa memaklumkan kepada sesiapapun.
Rakan sekerjanya yang tidak menyedari kemalangan itu meneruskan kerja bagi memenuhi permintaan pelanggan yang ramai.
Menurut Gray, selepas mereka mengetahui mengenai kemalangan itu, restoran berkenaan ditutup untuk pembersihan namun ia dibenarkan beroperasi semula seperti biasa.
Sementara itu, ibu Ryan, Jamie Vail, berkata, pada mulanya dia menyangka Ryan bergurau apabila menyatakan dia telah makan jari manusia dalam sandwichnya.
“Kami amat terkejut. Bagaimana mereka masih boleh menghantar makanan itu walaupun seseorang telah kehilangan jarinya,’’ kata Vail.
Beliau kemudiannya menghubungi 911 dan membawa anaknya ke hospital.
Sehingga kini, katanya Ryan masih terkejut, namun dia semakin pulih.
“Bagaimanapun Ryan sukar untuk melelapkan mata dan trauma dengan pengalamannya itu,’’ katanya.
Beliau telah bertemu dengan peguamnya dan masih membincangkan sama ada akan mengambil tindakan atau tidak terhadap restoran tersebut.

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...