Kapsul yang mengandungi serbuk daging manusia itu disebutkan boleh meningkatkan stamina.
Korea Selatan merampas ribuan kapsul selundupan dari China yang mengandungi serbuk daging manusia berasal dari janin dan jenazah bayi, menurut para pegawai.
Pihak bea cukai Korea Selatan mengatakan kapsul yang dibuat di China timur laut itu diisi serbuk yang dibuat dari jenazah bayi yang dipotong-potong kecil dan dikeringkan di dapur.
Para lelaki yang membeli kapsul itu disebutkan percaya isinya dapat meningkatkan stamina seksual.
Namun pihak berkuasa menolak mendedahkan asal bayi dan siapa yang membuat kapsul dengan menyatakan kemungkinan boleh menjadi ketegangan diplomatik dengan Beijing.
Para pegawai China berupaya meredam pengeluaran kapsul-kapsul itu sejak tahun lalu.
Pihak bea cukai Korea sudah menggagalkan 35 upaya penyeludupan kapsul sejak Ogos tahun lalu dan berjaya merampas 17.450 kapsul.
Mengandung bakteria
Namun kapsul yang mengandungi daging manusia itu dianggarkan mengandungi bakteria dan bahan berbahaya lain.
"Kapsul itu dipastikan megnandung bahan berbahaya bagi tubuh manusia, termasuk bakteria super. Kami perlu mengambil langkah lebih keras untuk melindungi kesihatan awam," kata seorang pegawai kastam seperti dikutip harian Korean Times.
Pihak penyeludup mengatakan kepada bea cukai bahawa mereka tidak mengetahui isi kapsul.
Makanan dan ubat beracun merupakan masalah besar di China.
Namun setakat ini tidak ada yang dijatuhi hukuman kerana jumlah kapsul yang disita sedikit dan tidak diperuntukkan untuk jual beli.
Media China menyebut propinsi-propinsi di timur laut merupakan sumber kapsul seperti itu.
Badan Pengawas Makanan Korea Selatan mulai menyiasat kes itu tahun lalu dan belum ada laporan berkaitan kesan samping mereka yang mengambil kapsul itu.
Saat itu kementerian kesihatan China mengatakan akan menyiasat dakwaan itu.
"China mempunyai syarat-syarat keras berkaitan dengan pengebumian janin dan jenazah bayi serta plasenta. Amalan apapun berkaitan limbah perubatan seperti ini dilarang keras," kata jurucakap kementerian kesihatan Deng Haihua.sumber
No comments:
Post a Comment