18.5.12

Klip Video Kemalangan Ferrari Langgar Teksi Di S'pura Capai 1.4 Juta Hit






PETALING JAYA: Klip video yang menunjukkan bagaimana sebuah kereta Ferrari dengan kelajuan melebihi 180km/j telah melanggar sebuah teksi di sini lalu mengorbankan pemandunya telah mencapai 1.4 juta hits dalam laman YouTube.
Bagaimanapun pemeriksaan mStar Online pada jam 7.30 malam Khamis mendapati, klip video berkenaan telah pun dikeluarkan dari laman tersebut.
Kemalangan itu telah mendapat perhatian ramai termasuklah Kerajaan Republik Rakyat China yang mana pemandu Ferrari tersebut adalah warganya malah Perdana Menteri Singapura tidak terlepas daripada turut memberi komen serta reaksi.
Kerajaan China menerusi kedutaannya di Singapura pada Rabu mengeluarkan kenyataan menyeru warganya agar menghormati undang-undang negara lain.
"Kami benar-benar berasa sedih dengan apa yang berlaku," kata Setiausaha Pertama Kedutaan, Wen Penghui.
"Dan kami juga berharap semua warga kami yang menetap dan bekerja di republik ini menghormati nyawa, nilai dan keselamatan orang lain, mematuhi undang-undang dan hidup dengan penuh tanggungjawab dan bersopan," kata setiausaha itu lagi.
Para pekerja asing dari China di Singapura telah menjadi subjek kritikan daripada warganegara itu ekoran kejadian menyayat hati yang berlaku di awal pagi Sabtu lalu.
Pemandu kereta Ferrari berkenaan adalah seorang warganegara China berusia 31 tahun bernama Ma Chi yang bekerja di Singapura telah memecut keretanya dalam kelajuan yang sangat tinggi lalu menghentam sebuah teksi yang membawa seorang penumpang warga Jepun.
Kesemua mereka terbunuh dalam kemalangan berkenaan.
Klip video yang merakamkan insiden itu telah diambil dari sebuah teksi lain yang sedang berhenti di simpang empat ketika lampu isyarat merah.
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong turut memberi reaksi di dalam laman Facebooknya.
Beliau menyeru warga Singapura agar tidak menjadikan kejadian itu sebagai sebab untuk melepaskan kemarahan kepada warga asing yang bekerja di republik itu.
Akibat daripada kemalangan itu, Ma terbunuh serta merta di tempat kejadian manakala penumpang teksi berkenaan seorang wanita warga Jepun berusia 41 tahun meninggal dunia dua jam kemudian di hospital.
Pemandu teksi berusia 52 tahun itu pula meninggal dunia sehari kemudian.

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...